IKRAM Bincang Solusi Tingkat Sosioekonomi Umat Islam

SERI KEMBANGAN – “Dapatan daripada Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) 2023 menunjukan ciri-ciri yang berkaitan dengan ekonomi mendapat skor yang paling rendah,” demikian kenyataan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin. 

Beliau menyampaikan ucapan aluan ketika Perbincangan Meja Bulat (RTD) Kajian Pemerkasaan Sistem Ekonomi Berasaskan Sedekah bertajuk “Analisis Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Niat dan Tingkah Laku Sedekah dalam Kalangan Masyarakat Islam” pada Khamis, 15 Februari lalu.

Beliau menjelaskan, IKRAM berusaha untuk meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat, termasuk dalam menangani isu kemiskinan yang merupakan antara objektif utama kajian sistem ekonomi berasaskan sedekah yang sedang dilaksanakan oleh IKRAM. 

Menurutnya,  kebiasaannya perbincangan orang ramai tentang solusi pembasmian kemiskinan adalah melalui peningkatan pendapatan.

“Namun IKRAM melihat dari aspek ekosistem secara holistik. “

Jelasnya, ini termasuk sistem sokongan, pendidikan anak-anak, iklim keluarga, tempat tinggal, kesihatan dan sebagainya.

“Berkaitan dengan hal ini, IKRAM telah membangunkan naratif kemakmuran ekonomi sebagai asas untuk usaha advokasi dan sumbangan IKRAM untuk membangunkan negara.”

Sambungnya, naratif kemakmuran ekonomi ini menyentuh tentang sistem ekonomi yang berasaskan sedekah yang menyeluruh (sistemik) dan tersusun (sistematik) mampu menjadi pengganti kepada sistem riba. 

“Kapitalisme ini telah  telah membangunkan satu masyarakat yang tidak stabil dan jurang di antara kaya dan miskin menjadi terlampau jauh.”  

Badlishah menyarankan bahawa perlunya satu sistem ekonomi manusiawi dibangunkan bercirikan nilai yang membangunkan potensi manusia, bukannya menjatuhkan dan mengeksploitasi manusia.

Mengulas lanjut, tambahnya sistem ekonomi tanpa riba perlu berasaskan perkongsian keuntungan dan risiko secara saksama, serta aktiviti perdagangan yang tulen.

Ketua Kluster Kemakmuran Ekonomi IKRAM, Mohamad Abdul Hamid menyatakan, sidang meja bulat dijalankan bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pemegang-pemegang taruh terhadap kajian pemerkasaan “Sistem Ekonomi Berasaskan Sedekah”, khususnya faktor-faktor yang mempengaruhi niat dan tingkah laku sedekah dalam konteks zakat, wakaf dan infak dalam kalangan masyarakat.

“Sesi yang kita adakan pada hari ini adalah sebahagian daripada usaha IKRAM dalam konteks dakwah yang lebih luas iaitu untuk melaksanakan gerak kerja, advokasi dalam usaha untuk mengenal pasti model solusi yang dapat membantu menangani masalah khususnya berkaitan dengan ekonomi, ” ujar beliau.

Beliau menerangkan inisiatif yang dibuat adalah untuk meningkatkan sosioekonomi rakyat serta umat Islam di negara ini dengan mencadangkan tiga ciri yang dipercayai dapat membawa negara ke tahap yang lebih baik.

Turut serta dalam RTD ini ialah Penolong Ketua Pengarah Kanan JAKIM, Mohd Solehin Sopian, Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan JAWHAR, Sae’dah Md Salleh dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mahfirah, Muhammad Shuib Norudin.

Selain itu, hadir bersama Pegawai Global Peace Malaysia, Aizuddin Zamzam, Naib Presiden 3 HALUAN, Tuan Baderol Allam, Pensyarah UM, Prof Madya Dr Siti Mashitoh Mahamood, Ketua Pegawai Eksekutif  Yayasan IKRAM Malaysia, Zaharuddin Saidon dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia