IKRAM Bentang Indeks Negara Rahmah Kepada Menteri

IKRAM Bentang Indeks Negara Rahmah Kepada Menteri | IKRAM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) hari ini dijemput untuk membentangkan mengenai laporan akhir Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) 2022 kepada Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang.

Turut bersama YB Menteri adalah Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim dan beberapa pegawai kementerian.

Sesi pembentangan dapatan kajian IMNR itu diadakan di Blok Pentadbiran, Parlimen Malaysia, di sini adalah sebagai gambaran awal kepada YB Menteri mengenai penghasilan IMNR yang dibangunkan oleh IKRAM.

Dalam pembentangan kepada menteri, IKRAM membentangkan kajian IMNR bagi tahun 2022 melibatkan lebih 2,000 responden daripada pelbagai kaum di Malaysia.

Hadir dalam sesi pembentangan itu Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin, Naib Presiden Prof. Dr Hanim Salleh, Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr Sabariah Baharun, Pengurus Jabatan Agenda Nasional, Mohd Iqbal Hakim Mohd Adnan dan Eksekutif Kanan Jabatan, Anas Hasbullah.

Indeks Malaysia Negara Rahmah diperkenalkan IKRAM pada 2021 sebagai satu usaha untuk mengukur kemajuan negara serta menilai keberkesanan usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun oleh semua pihak ke arah mencapai Negara Rahmah.

Susulan daripada perbincangan ini, pihak Kementerian bersetuju untuk mengadakan perbincangan susulan untuk melibatkan IKRAM dalam beberapa projek kementerian yang bersesuaian untuk membangunkan komuniti rahmah dan meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia