IKRAM bantah The Star

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) membantah sekeras-kerasnya tindakan akhbar The Star bertarikh 27 Mei 2017 meletakkan foto umat Islam sedang menunaikan sembahyang pada hari pertama Ramadan di bawah kepala berita “Malaysian terrorist leader” terpampang di muka depannya.

Memaparkan dua berita tersebut tanpa pemisahan yang jelas di antara keduanya seolah-olah membawa mesej tersirat perhubungan antara keganasan dan Islam, dan amat menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.

Tindakan tersebut membayangkan kecuaian dan tidak sensitifnya Sidang Pengarang The Star terhadap keperluan memastikan suasana harmoni masyarakat majmuk Malaysia yang sedang diancam pelbagai dugaan mutakhir ini. Malah, tidak kurang juga yang menganggap ia suatu provokasi yang disengajakan, yang tentunya dapat menggugat keselamatan dan suasana keharmonian negara.

IKRAM menuntut agar pihak The Star memohon maaf atas tindakan tersebut dan berjanji agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Dalam suasana tanah air yang kian tercabar kini, Pertubuhan IKRAM Malaysia prihatin sekiranya kecuaian sebegini tidak dikawal, ia tentunya menjadi satu lagi bahan api untuk menyemarakkan sentimen melampau pihak-pihak yang cuba mengadudombakan masyarakat Malaysia.

Walaupun IKRAM maklum The Star sudah memohon maaf, namun kita menyeru semua pihak agar lebih berhati-hati dan sensitif dalam menangani isu-isu yang membabitkan penstereotaipan mana-mana kaum atau golongan, serta sentiasa memelihara keharmonian masyarakat berbilang kaum kita.  

Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia