Iftar Perdana Hidayah Centre antara terbaik pernah dianjurkan

Menurut pengarah program, Nasharuddin Tahir (kiri), Hidayah Centre Foundation (HCF) selaku penganjur bersyukur kerana objektif meraikan saudara baru seramai lebih 500 orang berjaya, sementara dana juga berjaya dikumpul sekitar RM250,000. Jualan meja terpaksa ditambah pada saat-saat akhir.

Menanti waktu berbuka, suatu forum Le Ta’arafu yang dikendalikan Dr Maszlee Malek bersama panelis Xifu Nasir, Zamri Vinoth dan Alex yang masih belum Islam menarik perhatian peserta. Forum berkisar topik salah tanggapan masyarakat terhadap Islam dan kepentingan dakwah kepada yang belum Islam. Paling menarik apabila Alex membaca ayat al-Quran surah al-Hujurat ayat ke-11 berserta terjemahannya. Semoga Alex bertemu hidayah Allah satu hari nanti.

Majlis diserikan lagi dengan perkongsian pengalaman Nurain T Abdullah yang telah berjaya mengislamkan semua ahli keluarganya. Seterusnya majlis diberkati dengan pengislaman seorang gadis berbangsa Iban yang hanya mengenali Hidayah Centre melalui facebook. Sesi pengucapan syahadah dikendalikan oleh tetamu jemputan, Mufti Wilayah Persekutuan Dr Zulkifli Mohamad Albakri. Allahu Akbar!

Sebelum berbuka, empat orang saudara baru telah membaca al-Quran surah al-Ikhlas beserta terjemahan dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Pasti ada dalam kalangan bukan Muslim yang hadir terfikir untuk mengkaji lebih lanjut tentang keesaan Allah Subhanahu wa Taala. Seorang tetamu, Hj Ayub Abdul Rahman turut menarik perhatian apabila tampil ke pentas membaca terjemahan surah tersebut dalam bahasa Jerman.

Azan maghrib yang dialunkan dengan merdu oleh vokalis kumpulan In-Team, Hazamin membawa kegembiraan kira-kira 1,200 orang yang hadir untuk berbuka puasa. Usai solat maghrib, tetamu menjamu selera dengan penuh syukur sambil dihiburkan In-Team. Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM merangkap Pengerusi Hidayah Centre Foundation Hj Nicholas Sylvester kemudiannya menyampaikan kata-kata aluan, diikuti ucapan ringkas Dato Mufti dan ucapan perasmian Presiden IKRAM Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Dr Zulkifli mengucapkan syabas kepada Hidayah Centre atas segala usaha dakwah yang telah dijalankan sambil mengingatkan mafhum firman Allah bahawa tiada yang lebih baik melainkan orang-orang yang menyeru kepada Allah, melakukan amalan soleh dan berkata bahawa mereka adalah orang-orang Islam.

Majlis diserikan lagi dengan penyerahan mock cheque dari IKRAM Hulu Selangor (RM30,000), Rayuan Ramadhan (RM30,000) dan Worldwide Holdings (RM10,000).

Solat Isyak dan Tarawih telah diimami juara Akademi al-Quran Musim Ketiga, Mohd Fakhrul Radhi Khamaruddin. Wakil HIKMAH Sarawak, Hj Ayub Abdul Rahman pula menyampaikan tazkirah ringkas bertajuk ‘Dakwah Satu Amanah’.

Antara media yang hadir adalah TV Alhijrah, RTM, Sinar Harian dan IKRAMedia.

Semoga Allah memberkati majlis ini dan semua penyumbang. Semoga Allah membuka hati rakan-rakan bukan Muslim yang hadir dengan hidayah-Nya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia