Iftar Perdana Hidayah Centre antara terbaik pernah dianjurkan

SERDANG – Majlis Iftar Perdana Hidayah Centre (MIPHC) kali ke-10 peringkat Pusat yang diadakan di Dewan Bankuet Universiti Putra Malaysia pada Sabtu, 12 Julai 2014 dianggap antara yang terbaik pernah dianjurkan, demikian pandangan salah seorang penyumbang MIPHC sejak tiga tahun lalu yang tidak mahu namanya didedahkan.