IENR 2023: Seramai 2,600 Peserta Meriahkan Larian

IENR 2023: Seramai 2,600 Peserta Meriahkan Larian | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Program larian 7th International Eco Nature Run (IENR 2023) telah berlangsung meriah dengan kehadiran seramai 2,600 peserta dari seluruh negara di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) pada Sabtu lalu.

Acara larian itu dirasmikan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Syamsul Tahrin Mohd Tahir mewakili Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh Tseow Suan.

Dalam pada itu, Pengarah IENR 2023, Kapten KRSM Rofazlin Jusoh berkata, penganjur masih mengekalkan tema ‘Back to Nature’ yang berkonsepkan membawa peserta melihat kehijauan alam dengan larian dalam taman.

“Acara ini diadakan untuk memberi peluang kepada semua murid sekolah di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyertai program larian di peringkat antarabangsa bagi memenuhi salah satu aspek kemenjadian murid dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK),” jelasnya.

Penganjur turut berhasrat memupuk budaya gaya hidup sihat, semangat keberanian, membina keyakinan diri dan daya saing murid di peringkat nasional dan antarabangsa selain merapatkan hubungan antara murid, pelajar dan warga pendidik dari dalam dan luar negara melalui jaringan sekolah-sekolah kerajaan dan swasta, institusi pengajian tinggi dan orang awam.

Acara tersebut turut menawarkan hadiah menarik untuk cabutan bertuah kepada para peserta dengan motosikal model Modenas sebagai hadiah utama cabutan dan hadiah-hadiah lain bernilai hampir RM10,000 keseluruhan.

Pihak penganjur turut merakamkan ucapan terima kasih kepada KPM, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, International Center for Educational Excellence (ICEE), Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) Indonesia, Assalam Smart School Association (ASSA) Thailand, Majlis Jurulatih KRS MUSLEH dan Persatuan Alumni KRS IKRAM MUSLEH (PAKIM).

Selain diadakan secara bersemuka dengan cabaran larian sejauh 6 kilometer, acara tersebut turut diadakan secara maya bermula 15 Ogos lalu dan dijadualkan akan berakhir pada 30 September depan.

Tempoh larian bagi kategori maya terpaksa dilewatkan selama dua minggu dari tarikh asal berikutan sambutan penyertaan yang luar biasa, iaitu mencecah sehingga 40,000 penyertaan.

Larian Antarabangsa Eco Nature atau International Eco Nature Run ini merupakan program tahunan anjuran Sektor Kokurikulum, Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) dan Kadet Remaja Sekolah MUSLEH (KRS MUSLEH) sejak 2017 di Putrajaya.

Pada tahun 2020 hingga 2022, pihak penganjur mengambil inisiatif melaksanakannya dalam bentuk ‘Virtual Run’ berikutan wabak COVID-19 yang melanda dunia sebelum meneruskannya untuk tahun 2023 dengan mewujudkan dua jenis larian, fizikal dan maya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia