Husnul khatimah indikator kejayaan – Ibu Wiwi

Kata beliau yang merupakan ibu kepada 10 anak yang menjadi hafiz al-Quran dari Indonesia, itulah indikator kejayaan dan kecemerlangan yang perlu ada dalam diri seorang Islam. 

Beliau menyatakannya dalam program “Diskusi Mendidik Anak-Anak Mencintai al-Quran” anjuran Jawatankuasa Tarbiah Wanita IKRAM Pusat dengan kerjasama IKRAM Ampang Jaya dan berkongsi kisah kejayaan mendidik 10 bintang al-Quran ini di Dewan Pejabat IKRAM Ampang Jaya, Pusat Bandar Melawati di sini Ahad lalu.

“Jika seseorang itu menyatakan saya telah berjaya, hakikatnya adalah belum kerana semua itu masih dalam proses, kerana kita tidak tahu hari esok, bagaimana keimanan kita kepada Allah dan kita tidak tahu apakah al-Quran yang telah kita hafal itu mampu kita pelihara.”

Semua ini adalah perjuangan jelasnya, yang memerlukan usaha dan jika seseorang itu mengatakan kejayaan, itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kebaikan.

“Ciri-ciri kebaikan antaranya yang perlu dipersiapkan melalui pembentukan generasi yang mana ia berlangsung daripada sebelum bernikah lagi iaitu bermula dengan memilih pasangan bagi merealisasikan cita-cita atau visi yang diinginkan.”

Jelasnya ketika ditanya oleh moderator Aishah Azlan, apakah maksud visi yang disampaikan itu, beliau berkata, ia adalah perkara yang sewajarnya dan perlu ada sebelum seseorang itu bernikah.

“Bernikah perlu ada tujuan. Tanamkan azam, jika bernikah saya akan memilih calon pasangan saya yang memiliki kriteria cinta al-Quran yang mana kelak saya akan mendidik generasi yang cintakan al-Quran.”

Dalam program tersebut, beliau yang selesa dipanggil Ibu Wiwi turut ditanya tentang bagaimana rutin sehariannya mendidik anak-anak.

    

“Sebagaimana kata-kata Imam as-Suyuthi yang menulis Kitab Tafsir al-Jalalain dan hafal al-Quran ketika umur 8 tahun: “Masukkanlah al-Quran itu ke dalam diri anak-anak kerana ia akan menjadi cahaya di dalam dada anak sebelum kerosakan-kerosakan masuk ke dalam diri mereka” kerana sebelum anak-anak itu baligh, ia masih dalam keadaan fitrah dan ini sangat inspirasi,” ujar beliau selaku Ketua Bidang Keperempuanan dan Ketahanan Keluarga, Partai Keadilan Sejahtera (PKS).

Tambahnya lagi, mendidik anak-anak itu perlu bermula daripada memilih pasangan, mempunyai visi dan cita-cita, memasukkan cahaya al-Quran ke dalam jiwa anak-anak, mewujudkan lingkungan yang baik dan memperkenalkan sirah nabawi dan sirah para sahabat.

“Seterusnya ibu bapa perlu membangunkan bahasa akidah sejak kecil lagi. Saya sedari (sejak) kecil dilarang menggunakan kata-kata ‘fahishah’ iaitu kata-kata kotor di rumah. Ini penting ketika mendidik anak-anak kita, ada peraturannya.”

Jelasnya, membentuk karakter anak-anak itu bermulanya daripada rumah sehingga umur anak-anak 12 tahun, iaitu usia yang sangat mudah dibentuk.

“Usia sebelum 12 tahun itu adalah yang sangat bererti buat perkembangan anak-anak sebagaimana terdapat kajian, jika otak anak-anak distimulasi (dilatih/ dirangsang) otak anak itu akan berkembang sehingga usia 11 tahun. Jika tidak dilatih, ia akan berhenti di usia 7 tahun, maka pakar menyebutnya ‘golden age’ iaitu usia emas anak-anak.”

Sehubungan dengan itu kata Ibu Wiwi, pada usia 0 – 7 tahun ini, ibu bapa perlu berhati-hati dan jadilah contoh yang terbaik untuk anak-anak agar anak-anak meniru.

“Ketika kita menyuruh mereka solat dan membaca Quran, telah terjadi ‘copy paste’ pada anak-anak kerana ibu bapa telah menjadi teladan pada ketika anak itu menjadi peniru. Maka ketika masa-masa peniruannya itu, ibu bapa perlulah mempamerkan contoh teladan yang baik.”

Sebagaimana yang disebutkan Syeikh Muhammad Qutb dalam bukunya Sistem Pendidikan Islam bahawa antara keberhasilan pendidikan anak itu yang pertama dan utama adalah keteladanan yang mana dalam Bahasa Arab disebutkan “lisanul haal absahu min lisaan man qaala” (Bahasa perbuatan lebih fasih daripada bahasa kata-kata).

Turut bersama dalam diskusi ini Timbalan Ketua Wanita IKRAM Ampang Jaya, Puan Mazurah Nor Zulkifli.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia