Humanisme: Hilangkah Nilai dan Rasa Kemanusiaan?

Humanisme: Hilangkah Nilai dan Rasa Kemanusiaan? | IKRAM

Apa yang menjadi fundamental tentang humanisme adalah atribut atau kata-kata sifat dan kata kerja aktif seperti sifat, nilai maruah juga kuasa.

hu.ma.nis.me diertikan sebagai sifat perikemanusiaan; faham (pendirian, sistem) yang mengutamakan nilai-nilai, kepentingan, dan maruah manusia (dan tidak mementingkan nilai-nilai atau kekuasaan lain).  (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Humanisme 1 + 2 = 3

1. Humanisme difahamkan sebagai suatu pendirian falsafah dan etika yang menekankan nilai dan tindakan manusia (human agency) – baik secara sendiri mahupun terkumpul/kolektif, serta memihak kepada pemikiran kritis dan bukti (rasionalisme and empirisisme) berbanding penerimaan dogma atau tahyul.

Dalam konteks moden pula, pemikiran ini sering berkaitan dengan pendirian berpusat kepada tindakan manusia serta penglibatan sains sebagai jalan memahami alam sekitar berbanding wahyu yang diturunkan dalam agama (British Humanist Association)

2. Humanisme berasal daripada kata Latin humanis dan mempunyai akar kata homo yang bererti manusia. Humanis bererti sifat manusiawi atau sesuai dengan kudrat  manusia (A. Mangunhardjono dalam Haryanto Al-Fandi, 2011)

3. Justeru, selesa kita memberi takrifan humanisme dengan menggabungkan definisi meta sebagai “humanisme adalah kekuatan atau potensi individu untuk mengukur dan mencapai tahap ketuhanan dan menyelesaikan permasalahan-permasalahan sosial.”

Maka, humanisme sebenarnya boleh difahami sebagai suatu aliran dalam falsafah, memandang manusia itu bermartabat luhur, mampu menentukan nasib sendiri, dan dengan kekuatan sendiri mampu mengembangkan diri (Abdul Rahman Mas’ud, 2004).

Fitrah, rasa kiriman Tuhan

Fitri, apa yang mengembalikan sifat dan entiti fitrah itu bukankah berupa rasa (how you feel) tentang merayakan Aidilfitri itu sendiri, tetapi sebab kenapa kita merayakan dan harapan kepada perayaan itu.

Barangkali ia berupa memori, kenangan dan nostalgia. Mungkin juga ia berupa harapan dan apa yang nak dibuat untuk raya kali ini. Tidak kurang juga, dengan kuih dan muih beraneka macam, makanlah jangan hanya dipandang, ketupat rendang sila nikmati kawan penat memasak malam ke pagi….

Itulah naratif dan manifestasi mencari fitrah di Aidilfitri! Dalam masyarakat madanistik Malaysia, perayaan-perayaan lain tidaklah terkecuali. 

Ia bernaratifkan asbab yang sama! Sifat manusiawi juga perlu dikembalikan! Entiti rasa dan usaha perlu digembleng supaya sifat manusiawi itu boleh dirujuk, dipraktis, dialami dan dijadikan memori indah untuk dirujuk kembali dan diulangi lagi demi mencapai harmoni!

“Once upon a time, there was humanity”

Soalnya, adakah rasa manusiawi ini bermusim seperti juga perayaan? Apabila tiba tarikh pada kalendar, baru kita bersedia dan meraikannya? 

Setidak-tidaknya lebih baiklah juga jika bermusim daripada tidak berperasaan! Adakah rasa manusiawi ini juga adalah seperti hardware dan software yang boleh di-install dan uninstall? Tidak! Ia adalah teras! Ia ada di situ sejak azali!

Takkanlah kita hanya menceritakan kepada generasi depan tentang humanisme ini seperti cerita Covid-19 dalam sejarah peradaban? Sudah pasti tidak! Covid-19 adalah pandemik, sedangkan humanisme adalah ilham madanistik!

Adakah kita tega kelak hanya menceritakan bahawa manusiawi itu telah hilang? dan anak cucu cicit kita bertanya, “Ibu, manusiawi itu apa?” 

Kembalilah menjalin dan terjalin!

Kitab-kitab dan ajaran agamawi menyanjung tinggi budi pekerti baik, luhur dan tinggi. Semarakkanlah rasa cinta kita sebagai manusia bagi membuktikan kita ini bukanlah sekadar hidup tetapi hidup berbudi!

Pensyarah saya ketika zaman universiti selalu meninggalkan kata-kata perangsang pada akhir penandaan ekspresi jawapan esei dan tugasan bertulis saya. Beliau menulis: Rosfazila! Express yourself!

Selepas pembentangan lisan juga, beliau dengan ikhlas menegur dengan frasa yang sama! Maka, saya fahami bahawa, pada lisan dan perbuatan, manusiawi ini perlu dimanifestasikan kerana pada kesudahannya ia akan terlihat bukan sahaja pada gred mata pelajaran, malah pada wasilah kehidupan secara keseluruhan.

Kiamat kemanusiaan?

Watan madanistik perlu merasakan kemanusiaan, bukan tanpa peri dan barbarik! Kita patut meraikan rasa fitrah cinta juga kemanusiaan dan jika digugat, kita jangan memihak kecuali kepada kemanusiaan, kedamaian serta kesejahteraan.

Semua ajaran agama, ilham madanistik dan kemanusiaan tidak melihat kepada hasil  tetapi bagaimana usaha yang telah kita lakukan, adakah usaha itu bertepatan atau pun tidak.

Sebagai contoh, dalam krisis kemanusiaan Palestin, tidaklah menjadi persoalan tentang perspektif, respons dan tindakan yang diambil tetapi lebih kepada unit nilaian kemanusiaan apa kita gunakan, betul atau salah, hak atau batil. 

Momokan prorasisme dan etnosentrisme seperti “tidak sempurna seseorang/ sekumpulan tertentu itu selagi tidak memasuki kumpulannya” hanya mengundang bahaya yang akan menyebabkan masyarakat umat berpecah, apalagi berpuak kepada kumpulan-kumpulan yang tertentu.

Ia malah lebih bahaya daripada perpecahan yang disebabkan oleh perbezaan fahaman. 

Tiadalah salah membentuk kumpulan berdasarkan fahaman yang kita percaya untuk memudahkan kita menjalankan kegiatan kehidupan supaya lebih berkesan berbanding jika dilakukan secara sendirian.

Yang salahnya apabila kita taasub dengan kumpulan dengan menafikan atau meremehkan kumpulan-kumpulan lain. Lebih parah lagi, apabila melibatkan situasi stereotaip, prejudisme, eksploitasi, diskriminasi dan penghapusan etnik. Nauzubillah! Ini akan mengakibatkan bencana dan kiamat kemanusiaan. 

Berusahalah mengajak manusia kepada ilham madanistik dan kemanusiaan. Berlapang dadalah dengan kumpulan-kumpulan lain dan bekerjasamalah dengan mereka dalam mengajak manusia kepada kemanusiaan dan kesejahteraan.

Kalaulah betul matlamat kita hanya satu iaitu mengajak manusia kepada perikemanusiaan, maka tidak ada sebab kita tidak boleh bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan lain dalam mencapai matlamat tersebut. 

Insya-Allah, dengan usaha yang ikhlas dan penuh takwa, kita akan sentiasa ditunjukkan Allah kepada jalan yang betul dan diredai-Nya. Tuhan itu Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Sekalipun ijtihad kita salah, kita tetap diberi ganjaran.

Paling betul bukanlah menjadi keutamaan tetapi yang lebih penting ialah menghidupkan kemanusiaan, hidup dalam kesejahteraan dan lebih penting lagi ialah menuai keikhlasan dan ketakwaan kita kepada Tuhan. Jadikanlah diri kita suka kepada nilai kemanusiaan dan kedamaian. 

“Wherever there is a human being, there is an opportunity for a kindness.” – Lucius Annaeus Seneca

Firman Allah: 

“Dan manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakannya. Dan sesungguhnya usahanya itu kelak akan diperlihatkan (kepadanya). Kemudian akan diberikan balasan kepadanya dengan balasan yang paling sempurna. (An-Najm 53: 39-41)

Dr Rosfazila Abd Rahman
Jabatan Kenegaraan dan Pengajian Ketamadunan
Universiti Islam Selangor (UIS)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia