Hujan berterusan dijangka di Pantai Timur, Johor mulai Khamis

SERI KEMBANGAN – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) meramalkan hujan berterusan di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula Khamis hingga Sabtu ini.

 

“MET Malaysia menjangkakan akan berlaku luruan monsun pada 27 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022,” jelasnya menerusi laman rasminya.

 

Pada masa yang sama, tambahnya, terdapat sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.

 

Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Sabah pada 27-30 Disember dan barat Sarawak pada 29-31 Disember.

 

“Manakala (hujan berterusan) di Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan pada 30 Disember 2021 – 1 Januari 2022.”

 

Selain itu, angin kencang dan laut bergelora diramal berlaku di perairan Laut China Selatan termasuklah kawasan perairan Pantai Timur Semenanjung pada 26 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

 

“Orang awam yang merancang perjalanan ke kawasan-kawasan berkenaan dinasihatkan sentiasa berwaspada dan peka dengan maklumat terkini.”

 

MET Malaysia akan terus memantau keadaan cuaca sepanjang masa dan akan mengeluarkan Amaran Hujan Berterusan dan Amaran Ribut Petir apabila keadaan perlu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia