HOPE 2019 tingkat kesedaran isu kemanusiaan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Kamarul Zaman Shahrul Anwar, ia sebagai usaha meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kesiapsiagaan masyarakat dalam bidang pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.

“Secara asasnya, objektif utama kami adalah untuk memberi kesedaran kepada semua masyarakat di negara ini agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bencana,” kata beliau ketika Pameran HOPE 2019 pada Ahad lalu di Dewan KL Tzu-Chi Jing Si.

Tambahnya, pihaknya mahu mencipta kesedaran agar masyarakat tahu apa perlu dibuat dan tidak takut serta kelam-kabut sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi UPNM, Prof Madya Dr Azizi Miskon berkata, pameran itu juga sebagai satu platform untuk menambah jaringan kerjasama antara organisasi bagi membincangkan isu dan cabaran dalam bidang pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.

“Kami di UPNM cuba membuat kajian apa berlaku sebelum, semasa dan pada masa akan datang dengan harapan satu hari nanti UPNM bersama NADMA dapat membuat satu bentuk prosedur operasi standard (SOP) yang boleh diterima pakai oleh pelbagai badan sukarelawan supaya bantuan dapat disampaikan kepada yang memerlukan,” ujarnya.

Dirasmikan Pengarah Bahagian Penyelarasan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Ahmad Sharizan Said, pameran yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam itu turut dianjurkan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Yayasan Tzu Chi Malaysia.

Pameran HOPE 2019 bukan sahaja memaparkan gambar kehidupan mangsa yang terselamat daripada beberapa negara yang menghadapi konflik peperangan dan bencana alam seperti di Palestin, Myanmar dan Syria, namun merangkumi juga sesi forum, stimulasi gempa bumi dan demonstrasi penyelamat oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).

Sumber: Bernama
Lagi foto pameran: http://bit.ly/mycare-hope2019

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia