Hina Nabi: Malaysia, OIC Kecam Kenyataan Pegawai BJP India

Hina Nabi: Malaysia, OIC Kecam Kenyataan Pegawai BJP India | IKRAM

Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam penghinaan yang dikeluarkan oleh dua pegawai dari Parti Bharatiya Janata (BJP) terhadap Nabi Muhammad SAW.

OIC menekankan bahawa ia datang dalam konteks peningkatan kebencian dan penyalahgunaan terhadap Islam di India serta dalam rangka amalan sistematik terhadap umat Islam juga sekatan ke atas mereka.

Organisasi itu menyeru pihak berkuasa India agar tegas menghadapi penghinaan ini, juga segala bentuk penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan agama Islam serta membawa para penghasut tersebut ke muka pengadilan.

Mereka yang terlibat dan pelaku tindakan penghinaan menimbulkan kebencian terhadap umat Islam perlu dikenakan hukuman dan tindakan tegas.

Kemarahan telah memuncak di dunia Arab dan Islam terhadap dua pegawai BJP yang memerintah India, yang diketuai oleh Perdana Menteri Narendra Modi berikutan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan isteri-isteri baginda.

Kecam Kenyataan Hina Nabi

Kerajaan Malaysia juga mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua ahli politik India.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) pada Selasa, kementerian telah memanggil Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia petang ini dan menyampaikan penyangkalan sepenuhnya terhadap kenyataan itu.

“Malaysia mengalu-alukan keputusan parti pemerintah India untuk menggantung ahli parti terbabit berikutan kenyataan provokasi mereka yang telah menimbulkan kemarahan dalam kalangan umat Islam,” menurut kenyataan itu.

Malaysia turut menyeru India untuk bekerjasama dalam menamatkan Islamofobia dan menghentikan sebarang tindakan provokasi demi keamanan dan kestabilan sejagat.

Malaysia adalah antara negara terkini yang bersama mengutuk tindakan dua pegawai parti Bharatiya Janata (BJP) yang mengeluarkan komen berbaur penghinaan yang mencetuskan kemarahan banyak negara Islam.

Dalam pada itu, Kementerian Luar Arab Saudi turut mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan bahawa ia amat kesal dan mengecam kenyataan yang dikeluarkan oleh jurucakap BJP India atas penghinaan tersebut.

“Walaupun kerajaan India itu mengesahkan keengganan kekalnya untuk menyentuh simbol agama Islam dan enggan memprejudiskan tokoh dan simbol agama, kami menyambut baik tindakan yang diambil oleh BJP untuk menggantung jurucakap wanita itu,” ujar kementerian itu.

Dalam pada itu, Yayasan Al-Azhar berkata, menghina Rasulullah dan isteri-isterinya adalah kelucahan dan kejahilan yang terang-terangan tentang ilmu perbandingan agama dan sejarah para nabi juga rasul.

“Al-Azhar menyifatkan apa yang dikatakan oleh manusia jahil dan semberono ini kepada manusia agung sebagai kenyataan yang tidak masuk akal bahawa setiap pembenci Islam dan umat Islam mengulangi dari semasa ke semasa, ia menegaskan pada masa yang sama bahawa tingkah laku sedemikian adalah keganasan yang sebenar.”

Dalam krisis dan ‘peperangan’ yang membawa maut seperti ini, masyarakat antarabangsa mesti berhadapan dengan tegas, berani dan kuat untuk menghentikan bahaya penghinaan seperti yang terjadi ini.

Berikutan itu juga, kerajaan Bahrain mengeluarkan kenyataan menyatakan kecamannya terhadap kenyataan pegawai BJP dan mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk memecat jurucakap parti itu.

Setiausaha Agung Majlis Kerjasama Teluk, Nayef Al-Hajraf turut mengeluarkan kenyataan yang menyatakan kecaman majlis itu terhadap kenyataan India terhadap Nabi SAW.

Dua Pegawai BJP Digantung Tugas

BJP mengumumkan bahawa jurucakapnya, Nupur Sharma telah digantung tugas selepas kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan umat Islam, manakala bekas pegawai itu menarik balik kenyataannya tanpa syarat dalam permohonan maaf yang disiarkan di akaun media sosialnya.

“BJP mengutuk sekeras-kerasnya sebarang penghinaan terhadap agama atau tokoh agama,” katanya selepas jurucakap parti itu membuat kenyataan yang menyinggung tentang Nabi Muhammad SAW dan isteri-isterinya, semasa perbahasan di televisyen yang membawa kepada reaksi marah umat Islam seluruh dunia.

Dalam pada itu, Sharma berkata dalam akaun Twitternya bahawa dia membuat komennya sebagai tindak balas kepada komen menghina salah satu dewa Hindu.

“Sekiranya kata-kata saya menimbulkan kebimbangan atau menyakiti perasaan agama sesiapa, dalam hal ini, saya menarik balik kenyataan saya tanpa syarat,” ujarnya sambil memohon maaf.

Dalam konteks yang berkaitan, parti BJP mengesahkan bahawa ia telah menggantung tugas seorang lagi jurucakapnya, Naveen Jindal kerana kenyataan yang menyinggung Islam juga, yang disiarkannya di platform media sosial.

Ahli politik India itu telah menerbitkan ciapan di Twitter mempersoalkan sebab perkahwinan Nabi Muhammad SAW dengan Aishah ketika baginda belum berumur sepuluh tahun, yang mencetuskan kemarahan yang meluas dalam kalangan pelopor komunikasi di dunia Arab.

“Saya hanya tertanya-tanya mengenainya, tetapi itu tidak bermakna saya menentang mana-mana agama,” kata Jindal dalam akaun Twitternya.

India Enggan Mohon Maaf

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan India enggan membuat permohonan maaf secara rasmi atas kenyataan menyinggung Nabi Muhammad SAW dan umat Islam, memandangkan ciapan Twitter dan kenyataan yang menyinggung itu tidak sama sekali menggambarkan pandangan kerajaan.

Kementerian Luar Negeri India turut membalas kenyataan OIC berikutan kenyataan menghina Nabi Muhammad oleh dua pegawai BJP.

“India secara mutlak menolak komen yang tidak wajar dan berfikiran sempit yang dikeluarkan oleh OIC sambil menyatakan bahawa New Delhi memberikan penghormatan tertinggi kepada semua agama,” kata jurucakap Kementerian Luar India, Arindam Bagshi.

Menurutnya, ciapan Twitter dan komen yang menghina tokoh agama tersebut dibuat oleh individu tertentu.

“Ia sama sekali tidak menggambarkan pandangan kerajaan India,” tambahnya.

Arindam berkata, ini adalah sangat tidak wajar bahawa Sekretariat Agung OIC sekali lagi memilih untuk membuat ulasan dengan motif yang mengelirukan.

“Ini hanya mendedahkan agenda untuk memecahbelahkan kehendak dan kepentingan tersendiri.”

Zahirkan Amarah Tegas

Pada Ahad, Qatar memanggil duta India, Deepak Mittal dan menyerahkan kepadanya nota bantahan rasmi dan menggesa penggantungan jurucakap parti pemerintah di India itu daripada mengamalkan aktivitinya dalam parti dengan latar belakang ciapan Twitternya.

Doha menyatakan harapannya agar pihak berkuasa India akan menawarkan permohonan maaf secara terbuka dan mengutuk serta-merta kenyataan ini.

“Membenarkan kenyataan anti-Islam seperti itu berterusan tanpa hukuman menimbulkan bahaya besar kepada perlindungan hak asasi manusia, dan boleh membawa kepada lanjutan prejudis dan pemikiran sempit yang akan membawa kepada kitaran keganasan dan kebencian.”

Menurutnya, memorandum itu menunjukkan bahawa lebih daripada dua bilion umat Islam di seluruh dunia mengikuti bimbingan Nabi Muhammad SAW dan biografinya yang datang dengan mesej keamanan, persefahaman dan toleransi, dan mereka anggap ia cahaya yang diteladani umat Islam di seluruh dunia.

Berikutan itu juga, Kuwait memanggil duta India, Sibi George dan menyerahkannya satu nota protes dan kecaman rasmi, menyatakan penolakan mutlaknya terhadap kenyataan yang menyinggung Nabi Muhammad SAW dan umat Islam.

Kuwait mengalu-alukan penggantungan pegawai itu daripada menjalankan tugas dan aktivitinya dalam parti kerana kenyataan yang menyinggung ini, dengan menyeru permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan bermusuhan ini.

“Kekasaran biadab dan lucah jurucakap parti pemerintah ekstremis di India terhadap Rasulullah SAW dan isterinya, ibu orang-orang mukmin Aishah, adalah mengajak perang setiap Muslim di timur dan barat bumi.”

“Dan ia adalah perkara yang menyeru kepada semua orang Islam untuk berdiri sebagai satu bangsa,” kata Mufti Besar Kesultanan Oman, Ahmed Al-Khalili menerbitkan di Twitternya.

Kementerian Luar Iran pula memanggil duta India di Tehran atas kenyataan menghina Nabi Muhammad dan umat Islam.

Kerajaan Taliban di Afghanistan mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan bahasa yang menyinggung dan menyeru kerajaan India untuk tidak membenarkan fanatik tersebut menghina agama suci Islam dan membangkitkan perasaan umat Islam.

Menurutnya, ini bukan kali pertama pegawai dalam parti ekstremis Modi menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Perdana Menteri Pakistan, Shahbaz Sharif mengecam komen yang menyinggung perasaan terhadap Nabi Muhammad SAW dan umat Islam sambil menegaskan bahawa India di bawah pemerintahan Modi mencabul kebebasan beragama dan menganiaya umat Islam.

Sharif berkata dalam Twitternya, “Cinta kami kepada Nabi yang mulia adalah tertinggi. Semua orang Islam boleh mengorbankan nyawa mereka demi memelihara kehormatan Nabi teragung ini.”

Kontroversi berpanjangan

Menurut penganalisis, Perdana Menteri Modi telah berusaha keras untuk menghalang agenda politik domestik partinya daripada menjejaskan hubungan dengan negara Islam.

Namun, kontroversi ini berlaku ketika negara-negara Teluk dan India sedang berusaha untuk mengukuhkan perkongsian ekonomi mereka.

Negara India juga sedang mengalami perpecahan agama yang teruk di bawah kepimpinan Modi, dengan laporan tahunan baru-baru ini oleh Jabatan Negara AS mengenai kebebasan beragama antarabangsa.

Jabatan itu mendakwa terdapat serangan ke atas anggota minoriti di India sepanjang tahun lalu, namun kerajaan India segera menolak keputusan laporan itu.

Dianggarkan sekitar 14 peratus atau 172.2 juta penduduk di India adalah beragama Islam, yang merupakan agama kedua terbesar di negara itu. Ini menjadikan jumlah umat Islam di negara itu adalah yang kedua paling ramai di dunia selepas Indonesia.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia