Hidayah Centre Sabah terima sumbangan van bantu pengangkutan mualaf

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat, Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr Abdul Rahman Arshad kepada Pengarah Hidayah Centre Sabah, Hj Abdul Rahman Kassim pada Rabu 13 Januari 2016 di pejabat Hidayah Centre Sabah di sini. 

Menurut laporan Utusan Borneo, Tan Sri Dr Abdul Rahman berkata, buat masa ini bantuan yang diberikan oleh wakaf itu lebih memfokuskan kepada bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan di mana permohonan bantuan yang diterima bukan hanya terdiri daripada NGO, sebaliknya ia turut melibatkan agensi kerajaan seperti hospital.

“Untuk makluman, biarpun badan ini digelar sebagai Wakaf Selangor Muamalat tetapi kita memberikan sumbangan dana kepada kebanyakan negeri termasuklah Sabah,” katanya ketika ditemui semasa majlis penyerahan tersebut.

Menyentuh soal permintaan daripada NGO lain di Sabah untuk mendapatkan dana daripada wakaf itu, beliau berkata memang ada permintaan tapi keutamaan diberi kepada NGO yang benar-benar memerlukan.

Mengenai usaha Hidayah Centre Sabah itu, Abd Rahman berkata usaha mengembangkan Islam itu amat baik kerana dilakukan dengan cara terpuji dan dalam usaha tersebut, tumpuan tidak hanya diberi bagi menarik masyarakat kepada Islam sebaliknya harus memastikan mereka mempraktikkan cara hidup Islam.

“Tujuan kita bukan hanya untuk menambah bilangan tetapi juga menjadikan orang Islam yang ada keislamannya. Kita tidak mahu Islam itu ada namun keislamannya tiada,” katanya.

Menjadi NGO pertama di Sabah yang menerima bantuan daripada Wakaf Selangor Muamalat, Pengarah Hidayah Centre Sabah, Abdul Rahman Kassim merakamkan setinggi penghargaan kepada wakaf berkenaan.

Katanya, sumbangan tersebut akan membantu dari segi pengangkutan saudara baru dan kerja berkaitan dengan usaha membimbing saudara baru dalam memahami dan menghayati Islam dengan lebih baik.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2011, Hidayah Centre Sabah berjaya membimbing lebih 300 saudara baru menerusi enam pusat di seluruh negeri iaitu di Kota Kinabalu, Papar, Bundu Tuhan, Keningau, Kota Marudu dan Pagalungan.

Sumber: Hidayah Centre Sabah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia