Hari Raya: Tip Sederhana Berhias Buat Muslimah

Hari Raya: Tip Sederhana Berhias Buat Muslimah | IKRAM

Ketika tibanya bulan Ramadan, umat Islam diperintahkan menahan lapar dahaga selama sebulan. Setelah kita berpuasa, Allah Taala menghadiahkan kepada kita bulan Syawal dengan cara menyambut Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah.

Pada waktu ini, seluruh umat manusia berbondong-bondong mengenakan pakaian yang serba indah termasuklah kaum wanita. 

Dalam meraikan Syawal yang mulia, kaum wanita selalu menjadi daya tarikan dan perhatian oleh kaum ajnabi kerana penampilan menawan yang ditonjolkan.

Bagi wanita Muslimah, kita sedia maklum bahawa Islam memerintahkan kaum wanita untuk tidak keterlaluan dalam berhias sehingga boleh mengakibatkan seseorang itu menjadi wanita yang tabarruj dan tasyabbuh yang ditegah dalam agama.

Fenomena berdandan secara berlebih-lebihan ini semakin menular dalam kalangan wanita ketika menjelangnya Syawal. Secara tidak sedar, mereka menjadi wanita yang boros kerana ingin mengumpan pandangan orang yang melihat. 

Mereka beranggapan bahawa tidak menjadi suatu kesalahan dalam berhias asalkan masih dalam keadaan menutup aurat. Walhal, terdapat syarat-syarat lain ketika berhias yang wajib dipatuhi oleh semua wanita Muslimah.

Antara hal-hal yang mesti diperhatikan oleh seluruh wanita mukminah:

1. Memakai pakaian longgar

Memakai pakaian longgar bukan sekadar ketika bulan Syawal, tetapi juga pada setiap hari apabila seorang wanita mulai melangkahkan kaki ke luar rumah. 

Jauhilah daripada memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga menampakkan lekuk badan, kerana sesungguhnya pakaian yang longgar dapat memelihara bentuk tubuh badan wanita.

2. Tudung menutup dada

Memastikan bahawa tudung yang dipakai menutupi dada dan tidak menampakkan ‘benjolan’ yang tidak menyenangkan. Sungguh, terdapat sebahagian wanita memperagakan ‘asetnya’ kerana mengganggap ia lebih tampak menawan.

Jangan membiarkan kaum lelaki menatapnya kerana kesilapan kita dalam menutup aurat yang kita anggap hanyalah sekadar ‘kemalangan’ yang tidak disengajakan. 

3. Jauhi perhiasan haram

Antaranya mengenakan bulu mata palsu dan menggunakan wangian yang keterlaluan aromanya sehingga boleh menyebabkan kaum ajnabi menghidunya.

Dua perkara ini merupakan larangan yang wajib dihindari kerana ia boleh menaikkan syahwat lelaki, bahkan telah disebutkan kesahihannya dalam hadis Nabi SAW. Pakailah wangian hanya sekadar menghilangkan bau-bauan yang tidak nyaman.

4. Berdandan dengan sederhana

Ramai wanita yang sebenarnya mengoles wajah dengan warna-warna yang terang dan warna bibir yang memukau.

Ada juga yang bermekap terlalu tebal lalu mempesonakan lagi pandangan manusia. Berhiaslah secara sederhana kerana itu lebih menunjukkan sikap wanita yang faham terhadap hukum-hakam agamanya. 

Hadirkan sifat malu

Apabila hilangnya sifat malu kaum wanita, maka dia akan lebih mudah melakukan apa saja demi kepuasannya. Dia tidak lagi takut dan bimbang terhadap dosa-dosa serta kemungkaran yang dilakukan dalam keadaan dia mengetahuinya.

Hindarilah membuntuti trend yang tidak menunjukkan ciri-ciri berhias yang ditunjukkan dalam al-Quran dan Sunnah.

Abu Mas’ud ‘Uqbah r.a. berkata, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya di antara yang didapatkan manusia daripada perkataan (yang disepakati) para nabi adalah, “Jika kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” (HR Bukhari, No.3484)

Bentuklah diri kita menjadi seorang wanita Muslimah yang bersederhana dalam penampilannya. Didiklah diri kita menjadi seorang wanita  Muslimah yang meninggikan sifat malunya.

Latihlah diri kita menjadi seorang wanita Muslimah yang berusaha mematuhi syariat-Nya sesederhana yang mungkin untuk mengharapkan reda daripada-Nya.

Rasulullah SAW bersabda, “Makan dan minumlah, bersedekahlah serta berpakaianlah selagi mana tidak melibatkan berlebihan atau sombong.” (HR Ibnu Majah, No. 3605, Hadia Hasan menurut al-Albani)

Semoga Syawal pada kali ini lebih bermakna untuk kaum wanita yang sentiasa mengutamakan suruhan Tuhannya.

Syuhara Suriati
Penulis antologi, anekdot, artikel, puisi, majalah dan resensi buku

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia