Harga Barang Naik: Pedulikah Kerajaan?

Harga Barang Naik: Pedulikah Kerajaan? | IKRAM

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee pada Rabu mengumumkan bahawa harga siling runcit ayam standard ditetapkan pada kadar RM9.40 sekilogram bagi Semenanjung bermula pada Jumaat, 1 Julai 2022.

Adakah rakyat akan berasa lega atau selesa dengan pengumuman tersebut?

Kerajaan turut bersetuju menetapkan harga siling runcit telur ayam pada kadar 45 sen/biji bagi gred A, B (43 sen/biji) dan C (41 sen/biji) di Semenanjung.

Berikutan itu juga, kerajaan turut mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam, sebaliknya meneruskan subsidi.

Sebelumnya pada 21 Jun lalu, kerajaan mengumumkan pemansuhan subsidi minyak masak botol 2 kilogram ke atas, termasuk harga siling ayam dan telur.

Ketika ini, harga ayam boleh mencecah RM12 sekilogram, dan belum termasuk harga caj untuk potong. Tentunya ia sangat membebankan kepada pengguna dan peniaga makanan.

Namun, semua itu belum tentu lagi dapat meredakan kerisauan dan kebimbangan rakyat disebabkan banyak lagi barangan yang lain harganya naik dan seakan tidak masuk akal.

Bukan sahaja ayam dan telur, tetapi barangan keperluan harian lain amat membebankan pengguna khususnya golongan marhaen seperti B40.

Laporan media Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada 27 Mei lalu menyatakan komitmen untuk memperkasa keluaran pertanian tempatan sebagai langkah mengurangkan kebergantungan pada pengimportan, sekali gus menjamin kelangsungan bekalan makanan negara.

“Inisiatif itu bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kebergantungan kepada bekalan import, malah dapat meningkatkan produktiviti dalam negara,” kata Ketua Setiausahanya, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Menurutnya, ia selaras dengan pelancaran Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

Namun, sejauh mana segalanya itu direalisasikan oleh kerajaan Keluarga Malaysia untuk rakyatnya?

Fenomena Global Perlu Ditangani

Isu kenaikan harga komoditi tidak berlaku di Malaysia sahaja, sebaliknya merupakan ‘tragedi antarabangsa’ berikutan gangguan rantaian bekalan akibat konflik geopolitik dan perubahan iklim.

Fenomena global dan kenaikan harga barangan menjejaskan taraf hidup majoriti penduduk negara. Ia diburukkan lagi dengan ketegangan politik yang berterusan dan ketiadaan kerjasama antarabangsa untuk mencari jalan penyelesaian isu ini.

Sebelum ini, kerajaan Keluarga Malaysia telah mengumumkan tiada lagi permit import (AP) barangan makanan dan larangan eksport ayam.

Namun, Indeks Harga Pengeluar (IHPR) melonjak mengatasi Indeks Harga Pengguna (IHP) untuk bulan ke-17 berturut-turut hingga menyebabkan negara akan terperangkap dalam suasana superinflasi yang lama.

Pada 18 Mei lalu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bersetuju untuk tidak mengenakan AP bagi mengimport sebarang bahan makanan yang berkuat kuasa serta-merta dalam usaha memastikan bekalan makanan negara mencukupi.

Penganalisis ekonomi dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF), Profesor Madya Dr Baharom Abdul Hamid berpandangan bahawa pemansuhan AP bekalan makanan tersebut merupakan jalan terbaik kerajaan melimpahkan pasaran dengan barangan yang lebih murah demi mengawal inflasi dan mengawal harga yang tidak masuk akal.

Dalam pada itu, Penganalisis Ekonomi dari Putra Business School, Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pula berkata, kenaikan harga barangan mula dirasai apabila sektor ekonomi dan sempadan negeri dibuka untuk tujuan perdagangan sehingga mewujudkan ketidakseimbangan penawaran dan permintaan.

Tentunya harga barang akan naik jika kos pengeluarannya meningkat. Banyak faktor yang mempengaruhi kos pengeluaran daripada input bahan mentah, upah gaji pekerja, kos utiliti, pengangkutan dan kos pemasaran.

Ia sebagaimana merujuk data Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) melalui terbitan rasmi kerajaan bulan Disember 2021 di mana kadar Inflasi telah meningkat kepada 2.5 peratus dan Indeks Harga Pengeluar telah meningkat hingga 12 peratus.

Implikasi Besar Kepada Rakyat

Dekan Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, kenaikan harga barang walaupun dalam kadar kecil, pasti akan memberi kesan besar terhadap perbelanjaan isi rumah kerana pendapatan mereka tidak berubah.

“Walaupun harga barang hanya naik sedikit, kesan terhadap perbelanjaan sesebuah isi rumah adalah besar kerana gaji mereka masih pada tahap sama. Ini bermakna nilai pendapatan mereka merosot,” jelasnya.

Apakah hasil yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 26 Jun lalu, yang dikatakan melakukan ‘tinjauan mengejut’ buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara?

Apa yang pasti ketika ini, segalanya memerlukan tindakan segera untuk memastikan keperluan asas kehidupan rakyat kembali reda dan mencukupi.

Dalam pada itu, kerajaan Keluarga Malaysia perlu memberi perhatian serius dan menentukan mekanisme terbaik mengatasi permasalahan hidup, sebelum ia menjadi krisis lebih teruk kepada rakyat, apatah lagi negara.

Selain itu, pihak kerajaan perlu bijak mengkaji mekanisme kawalan dan tindakan bagi menangani isu harga barang naik ini dengan strategik serta rasional.

Selain mengambil langkah intervensi yang dapat menjadi penyelesaian kepada isu kenaikan harga barang, pihak berkuasa wajib memantau harga makanan dan barang setiap masa.

Malah, pemantauan menyeluruh dan tindakan penguatkuasaan kerajaan Keluarga Malaysia di lapangan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa serta mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang didapati sewenang-wenangnya melanggar syarat serta peraturan yang ditetapkan.

Persoalannya, adakah suara-suara rakyat telah diambil peduli oleh Kerajaan Keluarga Malaysia hari ini?

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia