Permit Import Ayam, Kubis Bulat, Kelapa Biji Tua, Susu Cair Masih Diperlukan

Permit Import Ayam, Kubis Bulat dll Masih Diperlukan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataannya berkata, terdapat empat jenis komoditi agromakanan yang tidak lagi memerlukan Approved Permit (AP) kepada kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport.

“Makanan tersebut ialah kubis bulat, kelapa tua biji, ayam iaitu keratan ayam dan ayam bulat serta susu cair. Namun, AP untuk pengimportan beras masih lagi berkuat kuasa.”

Keputusan pemansuhan AP tersebut telah diputuskan Jemaah Menteri seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu.

“Walaupun AP tidak lagi diperlukan untuk membawa masuk komoditi agromakanan dari luar negara, pengimport masih perlu mempunyai Import Permit (IP) bagi tujuan kawalan biosekuriti di pintu-pintu masuk negara.”

Menurutnya, ia bagi memastikan kawalan biosekuriti dan produk yang diimport adalah bebas daripada penyakit dan perosak serta diperoleh daripada loji yang diiktiraf oleh kerajaan.

“AP bekalan makanan tidak lagi diperlukan dan berkuat kuasa serta-merta sebagai langkah bagi menjamin keselamatan dan bekalan makanan di negara ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, menurut MAFI, dengan pemansuhan AP, semua syarikat adalah dibenarkan mengimport semua komoditi agromakanan.

“Ia tertakluk kepada IP yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis),” kata MAFI.

Namun, ia perlu berserta syarat-syarat yang tertulis dalam permit selaras dengan subseksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan juga Akta serta Peraturan lain yang berkuat kuasa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia