Haji: Jemaah Malaysia Mula Tiba Di Makkah Hari Ini

Haji: Jemaah Malaysia Mula Tiba Di Makkah Hari Ini | IKRAM

MAKKAH – Bumi Makkah akan mula dikunjungi jemaah haji Malaysia secara berperingkat bermula 8.00 malam waktu Arab Saudi, hari ini.

Pengurus Maktab 47, Roslan Jonet berkata pihaknya akan menerima kira-kira 295 jemaah haji yang bertolak dari Madinah menerusi tujuh buah bas, sebelum dibawa ke bangunan Abraj al-Janadriyyah, di sini.

Katanya, mereka merupakan rombongan haji yang pertama pada 4 Jun lalu dan bakal menerima sambutan daripada pihak pengurusan sebelum jemaah haji mengerjakan umrah.

“Esok (Khamis) akan ada sedikit sambutan untuk rombongan pertama, dari segi bilik penginapan juga telah disediakan dan mereka akan ditempatkan mengikut jadual penerbangan mereka serta penilaian tertentu, termasuk ikatan kekeluargaan,” katanya.

Roslan yang juga merupakan Pengarah TH Melaka berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerangkan tentang pelbagai persediaan yang dilakukan TH.

Dilaporkan sehingga kini seramai 1,940 jemaah menerusi tujuh penerbangan dari tanah air telah berada di Madinah.

Selain bangunan Abraj al-Janadriyah yang menempatkan dua maktab (penginapan jemaah) iaitu maktab 46 dan 47, terdapat juga bangunan lain iaitu Qasr al-Janadriah (maktab 49) serta Land Premium (maktab 48 dan 50).

Menurut Roslan, TH menyediakan kira-kira 30 petugas maktab dengan enam petugas bagi setiap maktab, yang akan berkhidmat 24 jam bagi memastikan kebajikan dan keselesaan jemaah.

“Setiap bangunan penginapan mempunyai pelbagai kemudahan termasuk pejabat pengurusan, farmasi, klinik kesihatan, kedai runcit dan kaunter khidmat pelanggan,” katanya.

Seramai 14,306 jemaah Malaysia akan menunaikan haji pada tahun ini menerusi 48 penerbangan, iaitu yang terakhir pada 2 Julai.

Sumber: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia