Kebersihan: Jemaah Haji Malaysia Jadi Contoh

Kebersihan: Jemaah Haji Malaysia Jadi Contoh | IKRAM

MAKKAH – Naib Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdulfattah Suliman Mashat memuji pemikiran sivik jemaah haji Malaysia dan menyeru negara lain untuk mencontohi mereka.

“Malaysia adalah satu-satunya negara yang membersihkan khemahnya di Arafah dan Mina, dan kawasan terbuka di Muzdalifah di mana jemaah haji menghabiskan setengah malam semasa Masyair,” kata Dr Abdulfattah.

Beliau telah meminta beberapa foto daripada Tabung Haji (TH) supaya ia dapat digunakan sebagai contoh bagi negara lain untuk mengikutinya pada musim haji berikutnya.

“Menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai seorang Islam. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada TH dan jemaah haji Malaysia yang menjayakan kempen ini,” katanya kepada media Malaysia selepas bertemu dengan pegawai-pegawai kanan TH di Kementerian Haji dan Umrah di sini.

Dalam pada itu, beliau telah berbincang dengan TH mengenai bagaimana untuk melaksanakan konsep hijau pada tahun depan.

Turut hadir Ketua Delegasi Haji Malaysia 1439H, Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman dan Timbalan Ketua (Kebajikan Jemaah Haji), Nurrin Anuwar Shamsuddin.

Sebelumnya, TH telah melancarkan kempen kebersihan dan gotong-royong secara besar-besaran semasa Masyair yang bertujuan untuk memastikan tapak khemah dan terbuka yang diduduki oleh rakyat Malaysia menjadi contoh yang akan diikuti oleh negara-negara lain.

Sehubungan dengan itu, ramai jemaah haji menyertai kempen dipimpin oleh sukarelawan TH yang dipanggil Sahabat Maktab itu.

Kredit foto: NSTP

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia