“Kita akan menjadi relevan pada waktu orang mengalami disorientasi dan kita datang dengan jawapan,” tegas beliau ketika berucap sebagai tetamu kehormat dalam Perhimpunan Ahli Teras (PAT) IKRAM 2015 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Sabtu lalu.
Beliau menjawab persoalan samada gerakan Islam kini relevan pada zaman ini atau tidak, dan menyatakan bahawa gerakan Islam yang tidak relevan pada zamannya, tidak akan mempunyai peranan apa-apa.
“Siapa yang tidak relevan di zamannya, tidak akan punya peran apa-apa,” jelas beliau yang hadir bersama Sekjen (Setiausaha Agung) PKS, Muhammad Taufik Ridho serta beberapa orang anggota rombongan PKS yang lain.
Tambahnya, sebab jalan untuk kembali sesebuah gerakan Islam itu hanya satu, iaitu jika ia relevan.
Menurutnya lagi, begitu juga jika gerakan Islam tidak revelan dengan zamannya, dengan keadaan sekelilingnya dan dengan konteksnya, gerakan tersebut tidak akan bertemu jalan untuk kembali.
“Kita akan masuk dalam kelompok yang lebih parah, kerana dianggap tidak relevan.
“Orang akan hanya mengingat kita kalau kita relevan,” ujarnya.
Beliau juga percaya bahawa IKRAM sebuah gerakan Islam yang relevan di Malaysia dan berharap PKS juga sebuah gerakan Islam yang relevan di Indonesia.
“Antum relevan di Malaysia, mudah-mudahan kami juga relevan di Indonesia,” harapan beliau di hadapan kira-kira 1,200 orang Ahli Teras IKRAM.
Beliau mengambil pengajaran daripada kisah Nabi Yusuf alaihissalam yang masuk dua kali ke istana Mesir, pertama kali sebagai hamba suruhan dan kali kedua masuk ke istana sebagai penafsir mimpi serta menteri perbendaharaan yang dilihat sebagai relevan untuk istana dan berperanan serta mampu menjaga ekonomi Mesir.