Geopolitik: Iktibar Sejarah & Harapan Cerah untuk Ummah

Geopolitik: Iktibar Sejarah & Harapan Cerah untuk Ummah | IKRAM

BANDAR BARU BANGI – “Apabila segala-galanya tenteram dalam geopolitik, maka masalah bakal berlaku. Apabila segala-galanya kacau-bilau, maka itulah harapan bahawa perubahan akan tiba.”

Demikian menurut sarjana Islam yang terkenal di arena global, Dr Tareq Suwaidan ketika menyampaikan syarahannya yang bertajuk Navigating The Future Analysis of Geopolitics and Fostering Hope For The Ummah (Analisis Masa Depan dalam Geopolitik dan Membangunkan Harapan untuk Ummah). 

Syarahan beliau telah didengari oleh lebih kurang 300 orang hadirin di Auditorium Abu Zarim, ILSAS di sini pada Ahad.

Sesi pengisian dari pagi diteruskan hingga ke petang oleh Dr Tareq dengan pengisian yang bertajuk Essential Leadership Characteristics, Confronting Future Challenges for The Ummah (Ciri-Ciri Pemimpin yang Diperlukan bagi Menghadapi Cabaran Masa Depan bagi Ummah).

Beliau membawa hadirin memahami keadaan geopolitik dengan menelusuri sejarah sebelum kedatangan Islam, ketika berlaku pertembungan kuasa-kuasa besar (Parsi dan Rom) hingga mengakibatkan masalah geopolitik yang hebat dan menggugat perdagangan dunia. 

Dalam siri-siri pertelingkahan kuasa-kuasa dunia, Mekah muncul menjadi pusat ekonomi dan agama terpenting. Ramai saudagar kaya berasal dari Mekah. Saidatina Khadijah adalah antara saudagar berharta tersebut sehingga disebutkan kekayaannya bersamaan dengan harta seluruh masyarakat Quraisy.

Dr Tareq menjelaskan, pada awalnya Mekah berada dalam kemiskinan yang sangat dasyat hingga orang pergi ke gurun untuk mati. 

Menurut beliau, Nabi Muhammad SAW mempunyai pemahaman geopolitik yang sangat baik. Kecekapan baginda dibuktikan apabila berjaya merangka strategi-strategi yang berkesan sehingga Islam berkembang dari menjadi golongan minoriti yang tertindas hingga menjadi kuasa yang digeruni dan disanjungi. 

“Sejarah dipelajari bukan untuk kita tinggal di situ, tetapi dipelajari, untuk diambil iktibar dan membuat jangkaan tentang masa depan,” saran beliau.

Beliau berkata, hari ini kita menghadapi banyak pergerakan geopolitik di dunia Arab, di dunia Muslim, yang sangat besar. Beliau sangat gembira tentang hal tersebut.

“Walaupun perkembangan semasa kelihatan buruk, tetapi ia sebenarnya sangat baik,“ tanbahnya.

Beliau merujuk kepada sejarah pertembungan besar antara Rom dan Parsi yang pada akhirnya membawa kebaikan kepada Islam dan gerakannya.

“Benar gerakan Islam tertindas di beberapa negara, namun ini tidak berlaku di semua negara, dengan Kuwait, Qatar dan Iraq memberikan kebebasan pada gerakan Islam.” jelas Dr Tareq.

“Jadi sekali lagi, terdapat perubahan besar yang sedang berlaku,” tegasnya.

Beliau yakin bahawa terdapat sokongan majoriti terhadap Islam dan Palestin, termasuk rakyat-rakyat di negara yang menjalin hubungan normalisasi dengan Israel. Beliau menyatakan hanya segelintir pemimpin yang mengambil langkah menjadi pengkhianat.

“Sekiranya ingin mengetahui masa depan, sentiasa lihat kepada generasi muda,” pesan Dr Tareq. Menurutnya, generasi muda memiliki harapan, impian dan semangat untuk melihat keadaan menjadi lebih baik.

“Sekiranya anda mempunyai 2 peratus, anda boleh memimpin perubahan,” ujar beliau menyorot fakta sejarah yang membuktikannya. 

“Jika mencapai 3.5 peratus dalam masyarakat, tiada sesiapa di seluruh dunia yang boleh menghentikan anda,” sambungnya.

Dr al-Suwaidan melontarkan persoalan, di mana kedudukan masyarakat Islam pada masa kini?” 

Berdasarkan pengalaman beliau berurusan dengan para pemuda dari dunia Muslim dan Barat di serata dunia, beliau menyimpulkan bahawa jumlah ini semakin bertambah seiring dengan peningkatan kepakaran dan kemahiran.

“Hanya 2 peratus sahaja yang boleh mengubah dunia, termasuk dunia Muslim. Terdapat pergeseran politik yang besar sedang berlaku dan kita juga melihatnya dalam isu Palestin. Perubahan benar-benar sedang berlaku.” ujar beliau.

Turut hadir dalam syarahan Dr Tareq al-Suwaidan adalah Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin yang menyampaikan ucapan pembukaan dan Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Ab Rahman.

Syarahan ini dianjurkan Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) yang menggabungkan empat gerakan Islam Malaysia iaitu WADAH, IKRAM, ABIM dan HALUAN.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia