Genosid di Gaza: ICJ Mula Perbicaraan Jenayah Israel

Genosid di Gaza: ICJ Mula Perbicaraan Jenayah Israel | IKRAM

Buat pertama kali dalam ‘sejarah palsunya,’ rejim Zionis Israel muncul di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Ini berikutan kes yang difailkan oleh Afrika Selatan terhadap rejim ini atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai dan jenayah perang terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, dan ICJ memulakan sesi pertamanya pada petang Khamis.

Terdahulu, Afrika Selatan pada mulanya meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk memerintahkan penggantungan serta-merta pencerobohan Zionis terhadap Gaza sebagai sebahagian daripada kes itu.

Awal pagi Khamis, penunjuk perasaan pro-Palestin mula berkumpul di luar mahkamah di bawah pengawasan polis Belanda. Rejim Zionis menghantar pasukan undang-undang untuk mempertahankan jenayahnya di Gaza.

Dalam perkembangan berkaitan, dilaporkan akhbar Israel mengesahkan bahawa terdapat kebimbangan serius dalam institusi keselamatan Zionis dan Pejabat Pendakwa Raya bahawa mahkamah itu akan mendakwa rejim itu dengan pembunuhan beramai-ramai.

Rejim Zionis ‘genosid?’

Perbicaraan awal akan diadakan selama dua hari dengan peguam Afrika Selatan menjelaskan mengapa negara itu menuduh rejim Zionis melakukan perbuatan yang dianggap genosid dalam perang Gaza dan mengapa ia menggesa mahkamah mengeluarkan perintah sementara untuk menghentikan segera pencerobohan Zionis.

Afrika Selatan menyediakan dokumen setebal 84 muka surat yang mengejutkan rejim Israel, akibatnya Mahkamah Hague mengeluarkan keputusan untuk memanggil wakil penjajah itu, dan terdapat kemungkinan pendakwaan undang-undang terhadap pemimpin tentera dan politiknya turut dilakukan.

Konfrontasi dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa ini adalah luar biasa bagi rejim yang menjajah, kerana Zionis biasanya menganggap keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mahkamah antarabangsa sebagai tidak adil apalagi berat sebelah.

Selain itu, keputusan untuk mengambil bahagian dan bukannya mengenakan sekatan menunjukkan ketakutan rejim Zionis bahawa hakim akan mengeluarkan arahan supaya Israel menghentikan perangnya ke atas Gaza, yang akan membawa kepada terpamer imej jahatnya di peringkat antarabangsa.

Dalam fail setebal 84 muka surat Afrika Selatan, dinyatakan bahawa kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin dan menyebabkan kecederaan mental, psikologi dan fizikal yang serius hingga berlakunya ‘pembunuhan beramai-ramai’ oleh Israel, dan pihak berkuasa pendudukan Israel telah menyatakan niat membunuh.

Berlarutan bertahun-tahun

Menurut laporan yang dikeluarkan, kes itu berkemungkinan berlarutan selama bertahun-tahun, tetapi aduan Afrika Selatan termasuk permintaan agar mahkamah segera mengeluarkan perintah sementara yang mengikat secara sah untuk rejim Israel itu menghentikan serta-merta pencerobohan tenteranya terhadap Gaza.

Bekas Ketua Pengarah Kementerian Luar Negeri Zionis, Alon Leal, yang juga bekas duta ke Afrika Selatan berkata:

“Israel tidak boleh lari daripada tuduhan sedemikian.”

Dikatakan bahawa alasan kukuh di sebalik pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim Zionis di Gaza telah dikemukakan kepada Mahkamah Hague.

Pada masa yang sama, permintaan telah dikemukakan di beberapa negara untuk menyertai aduan terhadap rejim Zionis itu.

Amnesty International mengalu-alukan perbicaraan rejim Zionis atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Gaza di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Jangan menyerah – Hamas

Pergerakan Penentangan Islam (Hamas) meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa supaya tidak menyerah kepada tekanan Amerika dan menetapkan sebelum mempertimbangkan aduan Afrika Selatan terhadap rejim Zionis atas tuduhan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

Kementerian Luar Negeri Iran turut mengeluarkan kenyataan menyokong tindakan yang diambil oleh kerajaan Afrika Selatan terhadap pendudukan di hadapan Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Iran sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh rejim aparteid Zionis terhadap rakyat Palestin, dan mengisytiharkan sokongannya terhadap pendekatan penentangan sebagai tindakan pembebasan dan hak yang sah dan diiktiraf mengikut undang-undang antarabangsa untuk rakyat Palestin menghadapi penjajahan.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mendakwa bahawa ia tidak berniat untuk menduduki Gaza secara kekal atau memindahkan penduduk awamnya.

Sebelumnya, pada malam sebelum mesyuarat Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Netanyahu mengumumkan penolakan permintaan menteri-menteri sayap kanan untuk membina semula penempatan Zionis di tanah itu, tetapi menyeru agar rakyat Palestin untuk berhijrah selepas rejimnya menjajah.

Atriza Umar
Pegawai Jabatan Pendidikan Masyarakat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia