Gencatan Senjata: Teruskan Membela Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR – Gabungan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia yang cakna dengan isu Palestin telah bersama-sama berkumpul semalam bagi mengeluarkan kenyataan media mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata yang dicapai oleh Hamas dan Israel baru-baru ini.

Kenyataan bersama ini meluahkan rasa lega terhadap pemberhentian konflik yang telah mencetuskan penderitaan mendalam dalam kalangan rakyat Gaza. Walau bagaimanapun, mereka menegaskan bahawa gencatan senjata ini hanyalah langkah awal ke arah keadilan dan keamanan yang lebih mampan.

“ Saya menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus menyokong perjuangan Palestin. Walaupun gencatan senjata telah pun diumumkan, namun kita dapati kerajaan Zionis masih lagi menganas terutamanya di West Bank (Tebing Barat).

“Kami mengadakan sidang media pada hari ini untuk menyeru dan mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama kita meningkatkan lagi ketegangan kepada rejim Zionis Israel supaya mereka tidak lagi melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin,” ujar Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin dalam sesi sidang media itu.

Tambah beliau, usaha ini penting kerana Israel tidak langsung menghormati dan mengendahkan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Oleh itu, katanya, suara komuniti antarabangsa perlu kuat untuk menggesa Israel mengikuti terma-terma yang telah dipersetujui dalam perjanjian gencatan senjata ini, dan tekanan seperti ini perlu dibuat oleh kerajaan. 

“Jadi, kita menyeru kepada kerajaan Malaysia dan komuniti angtarabangsa secara umumnya untuk memainkan peranan mengangkat suara membela hak asasi rakyat Palestin supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang bermaruah dan melangsungkan kehidupan yang lebih baik. Moga negara Palestin dapat bebas dan merdeka,” tegasnya. 

Persidangan media ini dikoordinasikan oleh IKRAM dan MyCARE bagi menyampaikan pesanan dan harapan berkenaan gencatan senjata dan menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk membantu mengembleng usaha dan tenaga bagi membangunkan bumi Gaza.

Penasihat Kehormat MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor pula menyatakan bahawa gencatan senjata adalah satu kemenangan yang dikalungkan untuk penduduk Gaza atas keteguhan dan kesabaran mempertahankan tanah air meskipun berhadapan genosid selama 470 hari.

“Gencatan senjata ini adalah hasil dari pengorbanan penduduk Gaza yang membayar harga yang sangat mahal iaitu dengan nyawa, kecederaan dan kecacatan kekal (hilang anggota badan), kecederaan emosi, kehilangan keluarga, anak anak yang ditinggal yatim, kehilangan tempat tinggal dan harta benda.”

“Maka, gencatan senjata ini adalah suatu hadiah untuk penduduk Gaza yang sama sekali tidak mungkin dapat menggantikan kehilangan mereka,” tambah beliau.

Tambahnya lagi, gencatan senjata ini sekiranya tidak dikhianati, boleh menjadi pemicu kepada rejim Israel untuk mengangkat kepungan dan sekatan ekonomi ke atas Gaza yang sudah berlanjutan selama 17 tahun.

“Kita amat yakin dengan sokongan masyarakat antarabangsa yang melonjak ke atas Gaza akan membuka laluan ke atas desakan yang lebih kuat supaya rejim Israel mengembalikan hak kepada penduduk Gaza.”

“Ini termasuklah hak asasi berkaitan keterjaminan makanan, hak untuk mendapatkan pendidikan, khidmat kesihatan, hak untuk bergerak dan bebas daripada sebarang tekanan, ancaman dan serangan rejim Israel,” katanya lagi.

Kenyataan ini turut menyeru supaya mekanisme pemantauan antarabangsa ditubuhkan untuk memastikan Israel mematuhi terma gencatan senjata dan tidak mencetuskan permusuhan baharu sesuka hati. Mereka juga menuntut tindakan tegas diambil ke atas Israel melalui Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai langkah untuk mendapatkan keadilan bagi mangsa jenayah kemanusiaan.

Tambah Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail, tindakan yang boleh kita lakukan dalam mendesak negara-negara barat menghentikan pembekalan senjata kepada Israel adalah dengan menggandakan lagi usaha memboikot syarikat dan produk yang membantu membekalkan senjata kepada Israel. Dengan cara ini, menurut beliau, negara-negara ini akan berasa bimbang dan cenderung untuk berhenti membantu Israel. 

Kenyataan media ini turut disokong oleh lebih 30 NGO antaranya WADAH, HALUAN, ABIM, Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Cawangan Malaysia, ACCIN, IESCO, Majlis Pengetua Guru Besar Sekolah-sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM), BDS Malaysia, Al-Quds Foundation Malaysia serta Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan Better Dads Malaysia, juga agensi kerajaan iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Kenyataan media penuh: Selepas Gencatan Senjata: Apa Seterusnya?

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia