GBM sokong cadangan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian “Akta Keterangkuman Sosial 2014”

Pendahuluan

Gabungan Bertindak Malaysia [GBM], adalah satu gabungan 24 buah Organisasi Bukan Kerajaan pelbagai etnik dan agama, yang tidak memihak dan bertekad untuk membangun Malaysia yang lebih baik.

Untuk makluman, YB Dr Michael Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput telah menghantar notis kepada Setiausaha Dewan Rakyat untuk membentang usul Rang Undang-Undang Ahli Persendirian berjudul Akta Keterangkuman Sosial 2014 di sesi Parlimen yang akan bermula pada 10 Mac 2014.

GBM menyokong penuh inisiatif ini oleh kerana matlamat Rang Undang Undang adalah sejajar dengan Piagam GBM iaitu:-

Pengagihan kekayaan yang saksama untuk membanteras kemiskinan dan menjaga kebajikan Rakyat. Sebarang langkah afirmatif hendaklah berdasarkan keperluan dan bukan latar belakang etnik.”

 

Latar belakang

Pada Ogos 2012, Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan The Human Rights Society of Malaysia (HAKAM) telah memperkenalkan draf Akta Keterangkuman Sosial. Di antara lain cadangan ini telah mengetengahkan aspek-aspek berikut:-

  • Bahawa wawasan untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil, saksama dan inklusif telah termaktub dalam Rukunegara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 akan tetapi ternyata kita masih jauh dari melaksanakan serta menjayakan wawasan yang telah digariskan dalam dokumen bersejarah tersebut.
  • Hampir 40% warga Malaysia masih lagi terperangkap di dalam kitaran kemiskinan dan ketaksamarataan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi.  Hampir 12 juta warganegara tergolong dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah dan miskin dan tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi kekurangan serta kelemahan yang terpaksa mereka hadapi setiap hari. Individu dan kumpulan ini terdedah kepada prejudis, diskriminasi dan terus terpinggir.
  • Jurang perbezaan antara 40% isi rumah terendah dan ahli masyarakat yang lain kian meningkat. Mereka terperangkap dalam pelbagai kekurangan yang lahir disebabkan asas aset yang rendah. Ini termasuk tahap pendidikan dan kemahiran yang rendah, kesihatan dan nutrisi yang kurang memuaskan; dan persekitaran hidup yang daif.
  • Pelbagai gejala sosial yang dikaitkan dengan masalah kepincangan institusi keluarga dalam lapisan masyarakat ini khususnya, kini menjadi kian ketara. Peningkatan kadar penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol, keciciran, penderaan kanak-kanak, aktiviti jenayah dan penyakit mental, adalah petunjuk yang jelas bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dengan negara kita.
  • Sejak tahun 1990, jurang pendapatan makin meningkat. 40% isi rumah terendah memperoleh pendapatan purata bulanan sebanyak RM 1,847 manakala 20% isi rumah teratas menerima RM 12,159 sebulan. Ini bermakna, Bahagian Pendapatan (Income Share) bagi 40% isi rumah di aras bawah adalah 14.8% manakala 20% isi rumah teratas memperoleh 48.6% daripada bahagian pendapatan keseluruhan. Jika dikhususkan lagi, 10% isi rumah teratas memiliki 33.1% daripada bahagian pendapatan keseluruhan manakala 10% isi rumah terendah hanya mendapat 2% daripada bahagian pendapatan tersebut.
  • Tambahan pula ketaksamarataan dari sudut kesihatan dan pendidikan di antara warga isi rumah terendah dan warga isi rumah menengah dan atas, makin lama makin meningkat.
  • Secara khususnya, rasional untuk Akta ini ialah keperluan satu paradigma baru yang dapat memberi tumpuan kepada penyelesaian secara jangka panjang bagi mewujudkan masyarakat yang lebih adil dan inklusif.  Bagi menangani punca utama kemiskinan dan peminggiran secara objektif dan tidak memihak, cadangan dibuat :-
  • Bahawa satu Suruhanjaya Keterangkuman Sosial yang bebas, yang bertanggungjawab terus kepada Parlimen ditubuhkan. Suruhanjaya ini harus diberi mandat untuk memantau dan mengawasi semua perkara berkaitan pengurangan kemiskinan, tindakan afirmatif dan keterangkuman sosial.

Butir-butir cadangan yang terkandung dalam rang undang undang tersebut dapat diakses di link berikut:-

http://www.sayaanakbangsamalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=806;draft-social-inclusion-act&catid=53;sabm-focus-group&Itemid=92

Sejak September 2012, cadangan ini telah melalui proses rundingan dengan parti parti politik dan organisasi masyarakat sivil. Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah menyokong penuh Akta yang dicadangkan dan telah memberi komitmen untuk melaksanakanya dalam Manifesto PRU13 parti masing-masing. Kami percaya parti-parti lain yang menyertai proses rundingan masih mengkaji cadangan tersebut.

Organisasi masyarakat sivil yang menghadiri dialog mengakui keperluan untuk menangani isu kemiskinan dan kepinggiran dan secara prinsipnya telah menyokong penuh penggubalan Akta ini.

Pada November 2012, GBM telah menyokong penuh cadangan dan satu kenyataan media telah dikeluarkan mengenainya. Kenyataan tersebut dapat diakses di link berikut:-

http://www.sayaanakbangsamalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=759;gabungan-bertindak-malaysia-gbm-endorses-the-proposed-social-inclusion-act-2012-sia-2012&catid=1&Itemid=88


Asas Cadangan

Asas utama seruan untuk menerima dan melaksanakan Akta Keterangkuman Sosial 2014 adalah seperti berikut:-

  • Mencapai sebuah negara yang aman dan damai dari sudut keharmonian sosial di mana keperluan asas semua ahli masyarakat dipenuhi agar mereka dapat hidup sentosa adalah hasrat semua rakyat Malaysia;
  • Meningkatkan kualiti hidup ahli masyarakat yang kurang bernasib baik dan terpinggir adalah matlamat yang nyata dalam semua rancangan pembangunan negara sejak kemerdekaan;
  • Memantapkan semangat berdikari, memperkukuh maruah dan nilai diri setiap warga masyarakat adalah termaktub dalam hak-hak asasi manusia sejagat serta diutamakan oleh semua agama;
  • Memberi harapan dan kemampuan kepada anak-anak kita yang kurang bernasib baik untuk membebaskan diri daripada cengkaman kemiskinan dan ketaksamaan turun-temurun adalah harapan semua rakyat jelata; dan
  • Menjamin peningkatan kualiti hidup dan produktiviti (negara), membendung gejala sosial (masyarakat) dan menangani masalah kemurungan dan tekanan (individu) adalah aspirasi semua rakyat Malaysia.


Melangkah Ke hadapan

Sesungguhnya kami percaya rang undang-undang ini merangkumi beberapa syor penting yang akan menyumbang ke arah pencapaian wawasan mewujudkan sebuah masyarakat yang adil, saksama dan inklusif seperti yang termaktub dalam Rukunegara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970.

GBM mengesa Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri mengkajinya secara komprehensif dengan tujuan menerima pakai dan melaksanakan Akta Keterangkuman Sosial yang  dicadangkan ini.

GBM menyeru semua Wakil Rakyat, dari apa jua latar belakang parti, untuk mengambil tanggungjawab mengkaji dan menyokong Rang Undang-Undang Ahli Persendirian ini.

Rakyat juga mesti memahami hak mereka dan harus memikul tanggungjawab. Kami merayu rakyat dari semua lapisan masyarakat supaya tampil ke hadapan menyokong inisiatif murni ini dengan mengesa Wakil Rakyat masing masing untuk menyokong Rang Undang-Undang ini.

Inilah masanya untuk kita sebagai warga Malaysia untuk sama-sama menangani masalah kemiskinan, ketaksamarataan dan kepinggiran secara objektif, tidak memihak dan rasional.

Dikeluarkan bagi pihak Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)


************************

Senarai Anggota GBM:

1)       Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)

2)       Aliran

3)       Tamil Foundation

4)       Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

5)       Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Krisitian, Hindu, Sikh dan Tao (MPMA-BKHST)

6)       Negeri Sembilan Chinese Assembly Hall (NSCAH)

7)       Penang Chinese Town Hall (PGCTH)

8)       The Federation of Chinese Associations Johore State (FCAJ)

9)       Lim Lian Geok Cultural Development Centre (LLG)

10)     United Chinese School Alumni Association of Malaysia (UCSAAM)

11)     Muslim Professionals Forum (MPF)

12)     Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

13)     Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)

14)     Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

15)     Persatuan Masyarakat Selangor dan Wilayah Persekutuan (Permas)

16)     National Indian Rights Action Team (NIAT)

17)     Anak Muda Sarawak (AMS)

18)     All Women’s Action Society (AWAM)

19)     Partners in Community Organising (Pacos Trust)

20)     Persatuan Bekas Siswazah Universiti dan Kolej di China, Malaysia (Liu-Hua)

21)     Nanyang University Alumni Malaya (Nanda)

22)     Japan Graduates Association, Malayia (JAGAM)

23)     Gabungan Persatuan Alumni Universiti Taiwan Malaysia (GPAUTM)

24)     Islamic Renaissance Front (IRF)


Foto atas dari kiri: Ho Yock Lin (Pengerusi, AWAM), Stanley Yong (Setiausaha Agung KLSCAH), Ong Kian Ming (Ahli Parlimen Serdang), Dr Jeyakumar (Ahli Parlimen Sungai Siput), Zaid Kamaruddin (Naib Pengerusi GBM), Jayanath Appudurai (Ahli SABM); Malik Imtiaz (wakil HAKAM) dan S. Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia