Gaza: Lebih 2,000 Syahid, Israel Lancar Serangan Darat

Gaza: Lebih 2,000 Syahid, Israel Lancar Serangan Darat | IKRAM

Gaza terus dibedil dengan bom dan peluru berpandu bertubi-tubi melalui serangan udara tentera rejim aparteid Israel, yang mengancam 2.3 juta penduduknya.

Penduduk Gaza terus diheret dalam malapetaka apabila satu-satunya loji janakuasanya tidak dapat berfungsi selepas Israel menghentikan semua bahan api termasuk makanan dan bekalan ubat-ubatan penting. 

Israel menyekat semua bantuan dan keperluan asas dari memasuki Gaza sebagai strategi pengepungan secara menyeluruh.

Hospital dan pasukan perubatan semakin lumpuh. Jumlah kematian meningkat secara mendadak dalam kalangan orang awam yang melibatkan ramai wanita, kanak-kanak dan warga emas.

Sehingga Sabtu 14 Oktober, Kementerian Kesihatan Palestin melaporkan sebanyak 2,125 kematian, termasuk 458 wanita dan 724 kanak-kanak, manakala 8,714 mangsa cedera.

Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu dan ketua parti pembangkang, Benny Gantz telah mencapai persetujuan untuk membentuk kerajaan darurat. Mereka menyeru rakyat Israel bersatu memerangi Hamas.

“Musuh akan berdepan akibat yang belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Netanyahu.  

Bahkan kini, Israel mengarahkan 1.1 juta penduduk utara Gaza untuk berpindah ke bahagian selatan negara itu untuk melakukan serangan darat di sana.

Dalam pada itu, Presiden Turkiye, Recep Tayip Erdogan berkata, sekatan Israel dan serangan tanpa henti ke atas Gaza adalah tindak balas yang tidak seimbang terhadap serangan Hamas. 

Pada Selasa lalu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Volcker Turk berkata, sekatan Israel terhadap makanan, bahan api dan bekalan asasi penting lain ke Gaza adalah tindakan yang dilarang dalam undang-undang antrabangsa.

Malah, Kesatuan Eropah (EU) yang menyokong kuat dakwaan Israel bahawa tindak balasnya terhadap serangan Hamas didorong oleh keinginan untuk mempertahankan diri, telah mengkritik tindakan Israel mengepung Gaza. 

Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell pada Selasa lepas berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa.

Sehubungan itu, Penasihat Kehormat MyCARE, Dr Hafidzi Mohd Noor menyeru semua rakyat Malaysia untuk cakna terhadap keadaan terkini Palestin dan memberikan sokongan dengan pelbagai cara bagi meringankan beban mereka.

Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin bin Mustapha menyebut, “Perjuangan Palestin tidak pernah sia-sia tanpa ada peluang untuk berjaya.”

Mengulas lanjut beliau berkata, perjuangan ini akan berjaya dan MyCARE bersolidariti dengan Palestin.

MyCARE telah menyalurkan sumbangan awal bernilai USD50,000 bersamaan RM236,425 untuk meringankan beban mangsa di sana.

MyCARE Gaza mendapat kerjasama daripada pihak kementerian dan pelbagai NGO sehingga dipercayai menjadi pembekal dalam menyalurkan bantuan.

MyCARE amat menitikberatkan kecekapan dan ketelusan dalam menguruskan sumbangan rakyat Malaysia.

Ayuh bersama membantu mangsa-mangsa di Gaza melalui MyCARE. Salurkan sumbangan anda di http://mycare.qrd.by/palestin.

Info lanjut perkembangan Palestin boleh dilayari melalui saluran Telegram https://t.me/terkinipalestin

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia