Gangguan Emosi Anak: Ini Cara Ibu Bapa Beri Sokongan

Gangguan Emosi Anak: Ini Cara Ibu Bapa Beri Sokongan | IKRAM

Emosi boleh difahami sebagai sensasi dalam badan, manakala pemikiran kita yang dijana daripada emosi menghasilkan perasaan. 

Sebagai ibu bapa, anda pasti pernah berdepan dengan keadaan anak-anak yang menghadapi cabaran emosi. Cabaran ini dizahirkan oleh perasaan sedih atau hiba.  

Keadaan anak-anak yang diduga dengan emosi negatif bergantung kepada keperibadiannya, ada yang mampu mengurusnya dengan baik dan tenang, dan ada pula yang sehingga menderita.

Perubahan pada emosi berlaku di sepanjang hayat manusia. Kanak-kanak juga tidak terkecuali daripada dibuai oleh emosi.  Apabila keseimbangan emosi terganggu, ia akan memberi kesan kepada kehidupan kanak-kanak tersebut.  

Perasaan yang ditunjukkan pula melambangkan perubahan terhadap keseimbangan tersebut.  Jika tidak ditangani dengan baik, kanak-kanak boleh mengalami ketegangan dan akhirnya kemurungan.

Kesani perubahan perasaan

Sangat penting bagi setiap ibu bapa mengesani perubahan perasaan anak-anak bukan sahaja yang di bawah usia tetapi juga yang sudah dewasa.

Ibu bapa adalah insan yang paling hampir dengan anak-anak dan mengalami bersama proses pembesaran mereka dari zaman bayi hingga dewasa.  

Anak-anak yang suka berkongsi perasaan dan kehidupan dengan ibu bapa adalah terdiri daripada mereka yang dekat dengan penyelesaian isu emosi. Masalah dan bebanan perasaan yang mereka hadapi segera dikongsikan dan mendapat sokongan yang diperlukan.

Ya, sokongan dan keprihatinan daripada orang yang dikasihi adalah salah satu jalan penyelesaian ‘alami’ terhadap masalah emosi manusia, tidak kira berapa usia mereka.

Selagi rangkaian dan saluran komunikasi dengan ibu bapa terbuka luas, emosi yang sakit akan dapat dibantu dan diubati. 

Justeru, ibu bapa perlulah berusaha menimba ilmu sokongan emosi khususnya buat anak-anak sendiri. Pengalaman juga memisahkan ibu bapa yang berjaya daripada yang lain.  

Fahami emosi anak

Pertama, ibu bapa mestilah menerima hakikat gangguan emosi pada anak-anak sebenarnya adalah sesuatu yang berat buat diri anak berkenaan walaupun pada pandangan orang lain ia hanya isu yang kecil.

Janganlah dipandang rendah pada keadaan tersebut.  Besar atau kecil gangguan emosi, ia tetap sakit untuk ditanggung. Semua orang boleh diuji dengan kesakitan emosi tanpa mengira kedudukannya. 

Sebagai contoh, ketika ibu Nabi Isa a.s. diduga dengan kesakitan dan tohmahan masyarakat, beliau  mengadu kepada Allah SWT, eloklah sekiranya beliau mati sahaja (Surah Maryam: 23).

Ibu bapa perlu memahami bahawa emosi adalah satu reaksi yang boleh mengelirukan fikiran manusia dan kelakuannya.

Namun, ia adalah fitrah kurniaan Allah SWT. Janganlah melihat anak-anak beremosi sebagai bermasalah dan patut diketepikan. Sebaliknya, mereka memerlukan perhatian dan bantuan sokongan ibu bapa.  

Nasihatilah anak-anak anda yang sedang diuji bahawa sesuatu ujian kepayahan Allah SWT akan disusuli dengan kegembiraan.  Ini bersesuaian dengan maksud Surah al-Insyirah ayat 2, 3 dan 5:

“Dan Kami telah meringankan daripadamu bebanmu, yang memberati tanggunganmu. Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Empati luahan anak

Untuk berjaya membantu anak-anak ini, ibu bapa perlulah berempati dan mendengar luahan hati anak-anak dengan aktif.

Luangkan masa untuk mendengar sambil memerhatikan perasaannya, pemikirannya, kebimbangannya tanpa mengganggu dan menilai.

Jika anak-anak itu meluahkan dengan tangisan dan jeritan, biarkan, tetapi berilah beliau belaian dengan kata-kata yang baik dan usapan mesra tangan anda.

Ingatkan mereka bahawa ada yang sangat menyayangi dan menghargai mereka tanpa mengira apa sahaja kesilapan yang telah dilakukan serta menyokong perasaan mereka tatkala mereka kehilangan sesuatu yang sangat bernilai bagi diri mereka. Yang penting wujudkan keselesaan buat mereka ketika bersama anda.

Bukalah ruang seluasnya untuk mereka meluahkan perasaan secara bebas tanpa penilaian dan kritikan. 

Apa sahaja yang telah berlaku tidak akan dapat dibetulkan jika berterusan dalam kedukaan dan kemurungan. Ini akan dapat membantu mereka berasa didengari dan difahami, yang boleh meningkatkan kesejahteraan emosi mereka.

Anda juga boleh mengurangkan bebanan emosi anak-anak dengan menawarkan sokongan praktikal seperti membantu membuat kerja rumah, memandu mereka ke tempat kerja, menawarkan sedikit daripada kepunyaan anda seperti wang yang diperlukan dan bantuan profesional seperti seorang kaunselor.

Doakan anak

Selain sokongan bersemuka, anda juga boleh mendoakan mereka dengan mengadu kepada Allah SWT kesusahan yang dihadapi oleh anak anda sambil memohon-Nya membantu mereka dalam ketika yang susah, agar anak anda boleh bersabar dan dikeluarkan daripada ujian berat yang beliau hadapi.

Ibu bapa juga perlu menyokong minat dan hobi anak-anak, sama ada sukan, muzik atau seni.  Dengan cara itu, ibu bapa dapat lebih mengenali perasaan anak-anak yang semakin besar.

Ini juga akan menunjukkan kepada mereka bahawa anda menghargai minat mereka dan menggalakkan mereka untuk mengejar impian mereka.

Sabar dengan anak

Akhir sekali, ibu bapa haruslah bersabar dengan anak-anak yang semakin berdikari.  

Apabila mereka menjadi lebih berdikari, anda mungkin berasa seperti kehilangan kawalan, tetapi ingat bahawa ini adalah bahagian semula jadi dalam perkembangan mereka.  

Kesilapan adalah sesuatu yang lumrah dan setiap orang pasti melakukan kesilapan walaupun dalam keadaan mereka telah berusaha untuk tidak melakukan sebarang kesilapan.

Apatah lagi jika kesilapan berlaku kerana sikap diri sendiri seperti sikap mementingkan diri sendiri atau memandang rendah kepada keupayaan orang lain.   

Nasihatilah anak-anak yang membuat kesilapan agar belajar daripadanya dan berusaha mengatasinya dengan sebaik mungkin.

Sambil itu, anda harus tetap menunjukkan jalan, memberi bimbingan dan memberi sokongan emosi semasa diperlukan.

Rozalli Hashim
Kumpulan Fokus Institusi Keluarga Utuh
Kluster Masyarakat Progresif
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia