Gabungan Selamatkan Syria: Memorandum kepada Ahli Parlimen Malaysia

GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA
Memorandum kepada Ahli Parlimen Malaysia
14 Mac 2012
“HENTIKAN KEKEJAMAN TERHADAP RAKYAT SYRIA”

Gabungan Selamatkan Syria mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kekejaman dan tidak berperikemanusiaan ke atas rakyat Syria oleh rejim Bashar al-Assad. Fakta kekejaman rejim Bashar terhadap rakyat di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang rakyat, seramai 39,000 orang awam cedera dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa.

Kekejaman mereka lebih terserlah apabila mereka mencuri harta-harta rakyat, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.

Hal ini berlaku hanya kerana rakyat menuntut kebebasan, keadilan, keamanan, demokrasi dan hak asasi.

Kebangkitan di Syria tercetus pada 15 Mac 2011 apabila sekumpulan kanak-kanak di Syria yang menulis perkataan “الشعب يريد اسقاط النظام” (Rakyat menuntut kerajaan turun) di dinding, telah ditangkap dan diseksa dengan kejam oleh tentera rejim. Akibat daripada tindakan tersebut, tercetuslah kebangkitan rakyat Syria yang inginkan kebebasan. Namun rejim membalas dengan peluru.

Kini, setelah hampir 12 bulan, penunjuk perasaan terus berjuang siang dan malam membela diri daripada kekejaman. Rejim Bashar al-Assad yang kejam telah menggunakan kekerasan ke atas rakyatnya seperti penggunaan kereta kebal, senjata-senjata berat dan memusnahkan bangunan-bangunan termasuk rumah dan masjid.

Perkara ini telah menarik perhatian dunia sehingga Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil inisiatif mengutuk kekejaman rejim Bashar al-Assad yang tidak lagi dapat diselindungi.

Namun, pada 6 Februari 2012 kerajaan Russia dan China bertindak menggunakan kuasa veto masing-masing menghalang satu resolusi Majlis Keselamatan PBB yang bertujuan mengutuk tindakan keras kerajaan Syria terhadap rakyatnya. Dengan penggunaan kuasa veto mereka, Russia dan China sedang bersekongkol dengan sebuah rejim yang zalim di Syria. Kedua-dua negara Majlis Keselamatan PBB ini mestilah bersikap adil dan membela mereka yang ditindas oleh rejim zalim Bashar al-Assad.

Dalam pada itu, utusan baru PBB-Liga Arab ke Syria, Kofi Annan yang juga merupakan bekas Setiausaha Agung PBB turut menggesa usaha antarabangsa secara sepadu untuk menghentikan keganasan di Syria.

Dunia tidak harus membiarkan rakyat Syria terus ditindas dan dizalimi oleh Bashar al-Assad. Semua pihak, tanpa mengira kaum dan agama harus bangkit bagi menyatakan tentangan kepada Bashar al-Assad dan sokongan kepada perjuangan rakyat Syria.

Atas dasar itu, satu Gabungan Selamatkan Syria telah diusahakan di Malaysia untuk memobilisasi rakyat menunjukkan solidariti bersama-sama rakyat Syria menentang kezaliman rejim Bashar al-Assad.

Gabungan ini terdiri daripada NGO pelbagai lapisan kaum dan agama yang bersatu hati bersama rakyat Syria menuntut kebebasan dan keamanan. Sesungguhnya berdiam diri terhadap kezaliman yang menimpa sesama manusia merupakan satu kezaliman.

“Gabungan dengan ini menggesa Ahli Parlimen dan Kerajaan Malaysia ke hadapan dalam konflik Syria atas prinsip kemanusiaan, keamanan dan keadilan sejagat dengan mengambil tindakan proaktif untuk:

1. Meluluskan Usul tergempar Parlimen mengutuk kekejaman rejim Syria dan hentikan pembunuhan

2. Kerajaan Malaysia mengeluarkan pendirian rasmi mengutuk kezaliman rejim
Bashar al-Assad dan memanggil balik Duta Malaysia di Syria.”

Selamatkan Syria! Save Syria!

Disokong oleh:

1. Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
3. Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (HALUAN)
4. Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)
5. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
6. Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)
7. Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
8. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
9. Syrian Students Association
10. DACS Shah Alam
11. Global Peace Malaysia (GPM)
12. World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia
13. Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)
14. Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS)
15. ERA Consumer
16. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
17. Lawyers For Liberty (LFL)
18. Community Action Network (CAN)
19. Persatuan Masyarakat Wilayah Persekutuan dan Selangor (PERMAS)
20. Tenaganita
21. Muslim Professional Forum (MPF)
22. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
23. All Women Action Society (AWAM)
24. Writer Alliance for Media Independence (WAMI)
25. Pusat Komunikasi Masyarakat (KOMAS)
26. Malaysian Physicians for Social Responsibility (MPSR)
27. Yayasan Kebajikan Nusantara (YAKIN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia