Gabungan Selamatkan Syria: Memorandum kepada Ahli Parlimen Malaysia
(Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) dan 26 NGO Gabungan Selamatkan Syria telah mengadakan sidang media di bangunan Parlimen pagi semalam mendesak Kerajaan Malaysia untuk mengambil pendirian dan tindakan yang lebih tegas terhadap kezaliman dan pembunuhan Bashar al-Assad terhadap rakyat Syria. Wakil sekretariat gabungan, Naim Jusri telah menyerahkan memorandum desakan kepada Menteri Luar Malaysia, YB Datuk Seri Anifah Aman (gambar bawah kiri) dan beberapa Ahli Parlimen yang lain (gambar bawah kanan – Ahli Parlimen Balik Pulau, YB Yusmadi Yusoff). Di bawah ini disertakan isi kandungan memorandum.)