Free Market: Sambutan memberangsangkan, barang percuma licin

Walaupun begitu tambahnya, pihaknya menghulurkan sumbangan tambahan sebanyak 60 set untuk diedarkan kepada keluarga yang memerlukan apabila kupon-kupon barangan asasi telah habis dalam pasar percuma anjuran bersama Wanita IKRAM Kuantan, Wanita IKRAM Pahang dan i-Bantu Pahang.

Inisiatif pasar percuma ini merupakan program yang julung kali diadakan oleh pihak pengabnjur atas keprihatinan dengan krisis kos hidup yang melanda rakyat dalam usaha mendekati kesusahan masyarakat dan menghulurkan bantuan.

“Uniknya program free market adalah ianya bukan sekadar bertujuan meringankan beban kewangan malahan ianya mempunyai dua lagi objektif utama iaitu untuk menangani krisis akhlak dan adab serta krisis pembaziran,” jelas Anis Liyana.

    

Pengunjung diberikan taklimat tentang adab-adab yang perlu dipatuhi sepanjang program free market contohnya senyum, minta dengan sopan, ambil yang perlu, ingat orang lain dan ucapkan terima kasih selepas ambil barang.

“Dengan adanya program free market, adalah diharapkan barangan yang terpakai dan masih elok masih dapat dimanfaatkan oleh mereka yang lain dan tidak dibuang begitu sahaja,” ujarnya.

Bertempat di Sekolah Al-Amin Paya Besar, Kampung Chendering, sebanyak 15 booth telah didirikan hasil kerjasama kumpulan-kumpulan usrah Wanita IKRAM Kuantan, Muslimah Kota SAS, Pahang Babywearer dan individu persendirian yang lain.

“Antara booth yang ada pada hari itu adalah nasi lemak, aiskrim, alat tulis, sayuran, buah-buahan, roti dan telur, beras, tepung dan gula, minyak, tudung, pakaian wanita dan kanak-kanak serta buku-buku,” tambah Anis Liyana lagi.

    

Dengan respons pengunjung adalah memberansangkan, ramai yang teruja dan berterima kasih atas peluang mendapatkan barangan baru dan juga terpakai tanpa menggunakan wang yang sedikit sebanyak meringankan beban kewangan mereka.

Serentak dengan program free market, program Sentuhan Selamat anjuran Mothers Against Pornography (MAP) Pahang telah berjalan bagi membela dan mendidik kanak-kanak tentang peri penting mengenali dan menjaga anggota badan masing-masing daripada sentuhan tidak selamat oleh mereka yang berniat jahat.

 

Kanak-kanak pada usia sekolah rendah diberikan penerangan dan demonstrasi tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya mereka berdepan dengan situasi-situasi cemas yang melibatkan sentuhan tidak selamat.

Menurut Anis, pihak penganjur kini lebih jelas dengan kesusahan masyarakat dan besar harapan mereka untuk menganjurkan lebih banyak program-program seperti ini agar dapat menghidupkan slogan “Erti Hidup Pada Memberi” seperti yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW yang sentiasa memberi tanpa mengenal erti jemu.

“Semoga cita-cita kami untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara rahmah dengan rakyatnya hidup dalam suasana harmoni dan saling membantu akan menjadi kenyataan,” harapan beliau.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia