FB Geng Tolak Buli didik remaja, masyarakat

Menurut Ketua IKRAM Muda, Mohd Hafiz bin Abd Hamid, isu berkaitan buli dalam kalangan anak muda salah satu daripada advokasi IKRAM Muda.

 

Jelasnya, isu ini telah dipersetujui dalam Muzakarah IKRAM Muda pada September tahun lalu.

 

“Pasukan advokasi buli ini yang diketuai oleh IKRAMTeens Pusat telah bersetuju untuk menggunakan jenama ‘Geng Tolak Buli’ sebagai jenama advokasi buli.

 

“Sehubungan dengan itu, hari ini dilancarkan laman Facebook rasmi Geng Tolak Buli,” katanya.

 

Tambah Hafiz, selain menggunakan Facebook, akaun Instagram Geng Tolak Buli bakal diwujudkan khusus untuk adik-adik remaja.

 

Justeru itu, beliau memohon kerjasama semua untuk sama-sama menyokong dan berkongsi inisiatif ini kepada masyarakat umum.

 

Untuk ke laman Facebook Geng Tolak Buli, sila klik pautan https://www.facebook.com/gengtolakbuli/

 

#GengTolakBuli

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia