Deklarasi Balfour: Britain dituntut mohon maaf

“Sehingga kini, hampir 6 juta penduduk Palestin menjadi pelarian di luar negara dan ratusan ribu telah meninggal dunia atas pembentukan negara haram ini,” ujar Pengerusi MyCARE, Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor.

Perkara itu dinyatakan dalam sesi serahan memorandum bantahan Deklarasi Balfour kepada British High Commission Kuala Lumpur pada Jumaat, 3 November lalu di Menara Binjai di sini.

Dalam pada itu, penduduk Palestin di Gaza pula tidak mendapat bantuan keperluan asas seperti air, elektrik, perubatan dan makanan dengan baik.

“Manakala penduduk Palestin di Tebing Barat pula terpaksa bergelut dengan penafian hak-hak asasi manusia oleh penduduk haram Yahudi walaupun hidup di negara asal sendiri.”

Selain itu, usaha ini turut mendapat sokongan daripada Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad dan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar serta para aktivis dan sukarelawan yang turut hadir bersama-sama.

Setelah menanti hampir satu jam, Setiausaha Pertahanan Kerajaan Britain (Defense Advisor to British High Commission KL), Colonel Stephen Hall bersetuju untuk bertemu dengan wakil penyerahan memo, Cikgu Azmi (Presiden MAPIM) dan Dr Hafidzi.

Dalam perkembangan berkaitan, Cikgu Azmi menjelaskan bahawa tuntutan rakyat Malaysia kepada kerajaan British yang kini diterajui oleh Perdana Menteri Theresa May adalah:

1. British memohon maaf kepada rakyat Palestin atas implikasi Deklarasi Balfour sejak 100 tahun yang lalu;

2. British membatalkan sambutan ulangtahun ke-100 Deklarasi Balfour yang akan berlangsung pada 7 November nanti di Royal Albert Hall;

3. British menyokong dan melaksanakan cadangan Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB untuk Asia Barat (ESCWA) bagi menamatkan Israel apartheid.

Hampir 28 perwakilan daripada pelbagai NGO seperti Aqsa Syarif, Rose2Rose, MyCARE, MAPIM, HALUAN, BDS Malaysia dan ABIM menghadiri sesi serahan memorandum bantahan ini.

Ayuh kita meneruskan usaha-usaha membebaskan Palestin daripada terus dijajah!

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia