Darurat: Kerajaan dalam zon selesa dan buat kerja ‘cincai’?

Sehingga hari ini ramai rakyat tertanya-tanya, apakah sebabnya kerajaan menasihatkan Yang Dipertuan Agung untuk isytiharkan negara ini darurat? Adakah tepat nasihat yang diberikan, atau sekadar atas kepentingan politik sempit? Apakah implikasi kepada rakyat terbanyak?

Ramai yang baru nak bangkit, bina semula pencarian rezeki masing-masing semasa Perintah Kawalan Pengerakan (PKP) pertama, tiba-tiba dilakukan PKP sekali lagi, sekali gus dengan pengisytiharan darurat, patah semangat mereka. Di mana patut mereka berpaut? 

 

Sekarang semakin ramai yang membuka payung dan khemah untuk berniaga di tepi jalan.

 

Implikasi darurat ini juga, wakil rakyat yang membawa suara rakyat untuk bertanya soalan secara terus kepada kerajaan hilang disebabkan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) digantung sehingga bulan Ogos tahun ini.

 

Bertambah musykil lagi, kerajaan ada kuasa penuh untuk ambil tindakan apa sahaja semasa darurat Covid-19 ini termasuklah mengambil alih hospital swasta dan premis-premis lain.

 

Wakil rakyat termasuk Ketua Pembangkang beralih ke media sosial untuk bangkitkan isu, tapi kerajaan tiada obligasi untuk menjawab atau memberi penjelasan, tidak seperti di dalam Parlimen atau DUN.

 

Perdana Menteri pula asyik membuat perutusan sahaja dan tiada interaksi dua hala bersama wartawan.

 

Rakyat juga tertanya-tanya tentang tiga dewan di Parlimen Pagoh bernilai RM13 juta. Kenapa projek itu menjadi keutamaan sedangkan para petugas barisan hadapan dilaporkan bertungkus lumus menjahit pakaian keselamatan (PPE) sendiri?

 

Prosedur operasi standard (SOP) yang diumumkan juga banyak yang mengelirukan, terbaru SOP Tahun Baru Cina. Rakyat di bawah juga nak tahu apakah SOP untuk menteri dan rakyat berlainan? 

 

Akhir sekali, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairi Jamaluddin ditugaskan menjaga imunisasi. Namun, bukankah ini tugas Menteri Kesihatan yang ada dua Timbalan Menteri? Apakah rasional tidak diletakkan di bawah KKM?

 

Ya, banyak tanda soal yang diletakkan sebab mahukan penjelasan yang sewajarnya. Rakyat sedang gelisah di bawah, tapi kerajaan tidak menampakkan adanya ketelitian dalam melawan krisis ini mengakibatkan  keadaan menjadi cacamarba.

 

Sekali lagi mahu bertanya, adakah darurat ini sebenarnya adalah jalan mudah untuk kerajaan masuk ke zon selesa (complacent) untuk lari daripada ada soal jawab daripada pembangkang di Parlimen mahupun lari daripada pengetahuan rakyat? 

 

Adakah akibat berada dalam zon selesa ini, kerajaan buat kerja secara ‘cincai’? Moga Tuhan selamatkan negara ini.

 

Hj Nahar Md Nor
Ahli Jawatankuasa Pusat IKRAM

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia