Cabaran & Langkah Tangani Kos Sara Hidup Mahasiswa 

Cabaran & Langkah Tangani Kos Sara Hidup Mahasiswa | IKRAM

Kenaikan kos sara hidup merupakan salah satu isu yang hangat diperkatakan oleh masyarakat sejak dahulu lagi terutama sekali dalam kalangan pelajar. 

Para pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengalami kenaikan kos sara hidup yang tinggi merangkumi semua aspek kehidupan mereka seperti perbelanjaan harian, penginapan, pengangkutan dan lain-lain lagi. 

Sering kali juga kita mendengar rungutan dan keluhan daripada mahasiswa mengenai masalah kewangan yang dialami bagi menampung kehidupan mereka. 

Kenaikan kos sara hidup tersebut memberikan impak yang besar terhadap diri mereka sendiri dalam memenuhi keperluan asas dan pengurusan kewangan menjadi semakin penting bagi memastikan wang perbelanjaan mereka sentiasa mencukupi untuk pembelajaran.

Selain perlu mengeluarkan wang bagi sesi pembelajaran, pelajar juga turut terkesan dengan harga barang keperluan yang semakin tinggi nilainya. 

Oleh hal yang demikian, berdasarkan rekod sistem MyMoheS Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), lebih 30,000 atau 2.6 peratus daripada 1.1 juta orang mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) gagal menamatkan pengajian pada tahun 2020 dan 2021 kerana mengalami masalah kewangan. 

Terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar-pelajar IPT ini bagi menangani masalah kewangan agar mereka dapat meneruskan pengajian. Antara cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh mahasiswa IPT adalah:

1. Pekerjaan sambilan

Pelajar terpaksa melakukan kerja sambilan untuk menampung keperluan semasa mereka. Hal ini menunjukkan bahawa kekurangan dari segi kewangan yang dihadapi pelajar mendesak segelintir pelajar IPT untuk mencari sumber pendapatan tambahan. 

Namun demikian, pihak kerajaan sebenarnya telah sedia maklum bahawa isu ini banyak berlaku dalam kalangan pelajar. Oleh itu, pihak kerajaan telah memberikan respons dengan menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) iaitu anggaran sebanyak RM52.03 juta kepada pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seramai 43,595 pelajar pada tahun 2023 sebagai usaha untuk membantu meringankan beban pelajar dari segi kewangan.

Walau bagaimanapun, elaun yang diberikan oleh pihak kerajaan masih tidak mencukupi bagi pelajar kerana kos barang-barang keperluan sangat mahal. 

Hal ini jelas menunjukkan bahawa elaun yang diberikan pihak kerajaan masih tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat sehingga pelajar perlu bekerja sambilan untuk mendapatkan wang saku yang lebih banyak.

2. Tekanan emosi dan psikologi 

Kenaikan kos sara hidup akan mengurangkan sumber kewangan seseorang dan akhirnya boleh menjadi faktor yang mengganggu keperluan asas individu berkenaan. 

Oleh sebab itu, tekanan emosi dan psikologi juga merupakan salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pelajar bagi mencukupkan keperluan asas mereka. 

Tekanan emosi dan psikologi yang dialami oleh pelajar akibat kenaikan kos sara hidup termasuklah kebimbangan dan kemurungan di samping kesan-kesan negatif yang lain. 

Selain itu, tekanan emosi dan psikologi juga dapat mempengaruhi prestasi akademik pelajar kerana ketidakseimbangan kewangan akan mempengaruhi kemampuan mereka untuk fokus dalam belajar.

Apabila keperluan asas terjejas, ia akan mencetus tekanan dalam diri pelajar sekali gus menimbulkan konflik dalam kehidupan. 

Sebagai contoh, pelajar yang bekerja sambilan untuk menampung kehidupan di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta mungkin menghadapi masalah kewangan yang teruk, lebih-lebih lagi pelajar yang berasal dari keluarga kurang berkemampuan, menyebabkan mereka terpaksa berhutang dan melakukan kerja sambilan tersebut.

Situasi seperti itu boleh menimbulkan tekanan emosi dan psikologi yang besar kepada pelajar, malah boleh mempengaruhi kesejahteraan fizikal dan mental mereka.

3. Ketidakseimbangan kewangan

Kenaikan kos sara hidup dapat menyebabkan ketidakseimbangan kewangan pada pelajar. Peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring dengan peningkatan pendapatan menyebabkan pelajar berasa terbeban dengan masalah tersebut.

Para pelajar yang mengalami masalah kewangan akan menghadapi kesukaran untuk menampung kos sara hidup yang semakin meningkat seperti membeli keperluan pembelajaran, pengangkutan dan sebagainya.

Hal ini menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan kewangan yang seterusnya mempengaruhi kesejahteraan kewangan dan psikologi pelajar.

Sebab itulah peningkatan kos sara hidup ini membuatkan lebih ramai pelajar berusaha mencari pendapatan tambahan bagi mengatasi ketidakseimbangan kewangan yang mereka alami.

Langkah mengatasi

Pada pendapat saya, cara untuk mengatasi masalah ketidakseimbangan kewangan dalam kalangan pelajar ialah dengan mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting selain merangka bajet untuk setiap kegunaan wang yang akan mereka gunakan agar kestabilan kewangan dapat dikekalkan dalam jangka masa yang lebih lama.

Jelaslah bahawa peningkatan kos sara hidup telah menjadi satu cabaran kepada pelajar sejak dahulu lagi. Implikasi negatifnya terhadap kewangan, mental dan fizikal pelajar turut memberi kesan dalam pembelajaran.

Walau bagaimanapun, melalui usaha bersama pihak berkuasa, institusi pendidikan dan pihak yang bertanggungjawab, terdapat harapan untuk mengatasi masalah kewangan ini. 

Langkah-langkah seperti menyediakan bantuan kewangan yang lebih besar, mencipta peluang pekerjaan separuh masa serta meningkatkan kesedaran tentang pengurusan kewangan yang bijaksana boleh membantu pelajar menghadapi kenaikan kos sara hidup dengan lebih baik. 

Harapan saya adalah agar setiap mahasiswa sama ada di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta dapat meraih pendidikan tanpa halangan kewangan yang melampau. 

Dengan adanya sokongan yang mencukupi daripada pelbagai pihak, mereka dapat memberikan fokus sepenuhnya dalam pembelajaran dan menjadi individu yang berdaya saing dalam kalangan masyarakat.

Saya juga berharap agar mahasiswa di seluruh negara dapat menikmati perjalanan pendidikan mereka tanpa ditimpa masalah kewangan yang terlalu berat.

Aisyah Reduan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia