Mahasiswa Bijaksana Bukan Sekadar Cemerlang Akademik

Mahasiswa Bijaksana Bukan Sekadar Cemerlang Akademik

Mahasiswa zaman kini telah dimanjakan dengan kemajuan teknologi. Mereka telah mendapat kemudahan untuk mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan melalui Internet dan teknologi digital. 

Memandangkan zaman kini juga telah popular dengan penggunaan aplikasi Artificial Intelligence (AI), maka lebih mudah untuk mereka mengakses makalah, jurnal dan buku-buku dalam hitungan detik sahaja.

Walau bagaimanapun, di sebalik keselesaan ini, banyak mahasiswa yang lalai dalam membangunkan nilai-nilai luhur dan jati diri sebagai insan kamil.

Sewaktu berada di institusi pengajian tinggi, para mahasiswa disibukkan dengan mengejar nilai akademik semata-mata dan melupakan pembentukan karakter, sedangkan menuntut ilmu itu bukan hanya sekadar untuk meraih gelaran dan pekerjaan tetapi untuk meningkatkan darjat dan martabat kemanusiaan.

Hal ini kerana tanpa nilai dan jati diri yang kuat, kebijaksanaan yang diperoleh akan mudah goyah. 

Mahasiswa yang bijaksana tidak hanya memfokuskan diri pada kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga menghadapi cabaran etika dalam membuat keputusan. 

Mereka memahami bahawa kebijaksanaan sejati melibatkan pemahaman yang mendalam tentang sebab dan akibat daripada setiap tindakan yang diambil. Ternyata mahasiswa yang berkomitmen tinggi kepada integriti akademik memiliki peluang yang lebih baik untuk mencapai keberhasilan jangka panjang. 

Kebijaksanaan pada umumnya sering dianggap sebagai perkara penting dalam menjalani kehidupan sebagai seseorang insan. 

Kita melihat bahawa mahasiswa merupakan suatu kumpulan generasi pelapis yang bijak dengan berbeza pandangan pemahaman terhadap dunia, politik, nilai dan aspirasi tersendiri.

Jika ditakrifkan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, kebijaksanaan membawa erti perihal menggunakan akal budi. 

Oleh itu, adalah amat penting bagi seorang mahasiswa itu menjadi insan yang bijaksana atau fatanah, iaitu mempunyai akal dan hati budi untuk menjalani kehidupan dengan penuh adab dan berakhlak mulia. 

Oleh kerana itu, selain menimba ilmu sebanyak-banyaknya, mahasiswa juga harus mengasah hati nurani dan memperkuat akhlak mulia. Mereka harus menyuburkan peribadi yang bijaksana dan berbudi luhur, bukan sekadar pandai dan berprestasi.

Hal ini kerana hanya kebijaksanaan yang diperoleh dapat membawa kemaslahatan, bukan bencana bagi diri sendiri dan orang lain. 

Mungkin ada dalam kalangan masyarakat masih menyamakan istilah cerdik dan bijak dalam pemahaman tersendiri. 

Namun jika kita memahami dengan lebih terperinci, cerdik itu sebenarnya “banyak akal” atau pandai menggunakan tipu muslihat, manakala  bijak pula ialah pandai menggunakan akal seiring hati budi.

Melihat kepada dimensi penggunaan teknologi masa kini, platform media sosial membenarkan generasi kini menerima informasi dengan sangat cepat. Namun kepantasan dan cepat saja tidak menjamin ketepatan informasi yang diterima.

Titik inilah yang menguji kebijaksanaan mahasiswa dari segi penerimaan informasi yang betul dan tepat. Di sinilah kita dapat melihat betapa pentingnya seorang mahasiswa mengisi ilmu di dada agar boleh menilai dan membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Cabaran mereka kini sangat berbeza apabila perlu menentukan sendiri corak pemikiran serta keputusan rasional untuk menerima dan menghadamkan informasi berpandukan ilmu yang tinggi dan berketerampilan kritis.

Hal ini membolehkan mahasiswa mempertimbangkan setiap sumber informasi media dari sudut pandangan yang berbeza kerana setiap sumber informasi pasti ada kecenderungan (bias) tertentu.

Tiada siapa mendesak kita membuat pilihan. Pilihan tepat kerana ilmu. Sehubungan dengan itu, amat penting untuk mahasiswa kini memahami setiap konteks informasi yang diterima.

Informasi yang ditonton mahupun diambil dari klip pendek daripada media sosial mungkin berpotensi untuk tidak mencerminkan gambaran lengkap sesuatu peristiwa yang berlaku.

Setiap sumber informasi sudah tentu memiliki agenda tertentu dan dalam masa sama dapat mempengaruhi cara media menyajikan setiap satu informasi untuk tatapan umum.

Oleh itu, mahasiswa janganlah menjadi penerima informasi yang pasif dan membuta tuli semata-mata, sebaiknya perlu mengajukan pertanyaan dan menyelidik dengan lebih mendalam terlebih dahulu.

Dengan erti kata lain, mahasiswa perlu bijak untuk memeriksa fakta sahih sebelum menerimanya sebagai kenyataan. 

Tuntasnya, universiti ialah sebuah ruang belajar ataupun medan yang sangat penting dalam kehidupan seorang mahasiswa. Ia adalah tempat pengetahuan diserap, keterampilan diasah dan pemahaman mendalam diperoleh demi membentuk diri mahasiswa yang lebih bijak.

Ruang belajar adalah jantung daripada perkembangan peribadi, pendidikan dan pertumbuhan kita.

Ruang belajar ini jugalah yang menjadi landasan pendidikan vital yang melahirkan mahasiswa bijaksana, memiliki perilaku yang mencerminkan kedewasaan, etika dan kesedaran yang tinggi.

Nurul Nisha Mohd Shah, Pensyarah Komunikasi, UiTM Kampus Rembau
Mohd Radzman Basinon, Pengarah Seni Kreatif

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia