Bukan peluang kedua?

“Takpalah, nak buat macam mana kan. Kita masih PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) lagi,” beritahunya lagi dengan menambah, sudah hampir setahun tidak berjumpa cucu-cucunya sejak PKP tahun lalu.

 

Jelas terpamer pada raut wajahnya apa yang diperkatakannya itu, menahan rindu kepada insan-insan yang lama tidak bertemu. Begitulah antara reaksi masyarakat yang dapat kita lihat dengan situasi yang terjadi kini. Bukan dibuat-buat, tapi itulah yang perlu dilalui kita semua.

 

Bekerja Dari Rumah (BDR) masih berkuat kuasa walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa negeri kini dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebagaimana kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 4 Mac lalu.

 

Laporan kes setiap hari, masih menjadi perhatian rakyat dan doa kita semua. Kita mengharapkan kes Covid-19 semakin menurun ke angka sifar atau paling tidak makin kecil angka itu agar dapatlah kehidupan ini berlangsung seperti biasa. Mungkinkah?

 

Kuat kuasakan juga kepada ‘jerung-jerung besar’

 

Tindakan pihak berwajib mengenakan kompaun kepada rakyat dengan angka yang besar sewajarnya dipertimbangkan semula. Walaupun tujuannya jelas mendidik masyarakat agar terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, namun amatlah tidak sepatutnya ia dikenakan kepada pihak tertentu sahaja.

 

‘Mendidik’ itu juga seharusnya diberikan kepada ‘jerung-jerung besar’ yang ‘di atas’ sana, yang sering bebas membuat sesukanya, yang adakalanya melanggar SOP yang dikuatkuasakan, bukan kepada rakyat yang sudah sedia terhimpit dan tersepit dengan situasi yang terpaksa dilalui mereka. Bersikap adillah dalam mengenakan tindakan tersebut, bukan memilih pangkat, darjat dan jawatan.

 

Sebagaimana kita ketahui, nilai kompaun kepada mereka melanggar SOP yang pada awalnya RM1,000 itu telah dinaikkan kepada RM10,000 sejak 11 Mac lalu.

 

Pesalah ini membabitkan individu yang tidak memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, premis gagal menyediakan pengimbas suhu badan, cecair pembasmi kuman, bersesak dalam premis tanpa kawalan dan aktiviti hiburan tanpa lesen.

 

Namun, adakah semua itu dikuatkuasakan kepada menteri-menteri dan ahli politik yang secara jelas telah melanggar SOP tersebut?

 

Putuskan rantaian Covid-19

 

Sebagaimana yang dilaporkan, pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, kebenaran rentas negeri yang diberikan pada Disember tahun lalu dan penularan gelombang ketiga susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu dijadikan iktibar.

 

Demi untuk menghalang penularan wabak ini, perkara itu wajar dikuatkuasakan tetapi tidak kepada sebelah pihak sahaja. Ia perlu dikenakan juga kepada semua tanpa melihat latar belakang atau pengaruh seseorang itu.

 

PKPB di beberapa negeri yang dijadualkan tamat pada 18 Mac ini wajar dilanjutkan manakala sekatan rentas negeri perlu dikekalkan kepada semua pihak.

 

Pandemik Covid-19 yang masih bermaharajalela menjadikan pelbagai perkara atau perancangan kita semua terbatas. Namun, ia perlu dilalui walaupun amat pahit.

 

Realitinya, rakyat semakin berjaya menerima hakikat bahawa segala norma baharu yang dilalui dalam tempoh setahun ini perlu diteruskan bagi memutuskan rangkaian wabak yang hebat menular ini.

 

Teruskanlah bersama-sama memutuskan rantaian Covid-19 yang telah setahun mendiami bumi kita ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia