Bingkisan Ramadhan: IKRAM Setiawangsa santuni masyarakat

PPR Jelatek dihuni oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan tua, anak-anak yatim, golongan yang sakit terlantar dan OKU.

Sekitar jam 10.15 pagi setelah kotak-kotak sumbangan disusun di perkarangan Surau At-Taqwa yang terletak di tingkat paling bawah PPR Jelatek, dan setelah semakin ramai hadirin berkumpul, majlis Bingkisan Ramadhan pun dimulakan. Majlis ringkas yang dipengerusikan oleh Haji Ibrahim atau pun lebih mesra dengan panggilan Pak Yem, Pengerusi Surau At-Taqwa, dimulakan dengan kata-kata aluan oleh Pak Yem sebelum diserahkan kepada YDP IKRAM Setiawangsa, Sdr Mohammad A Hamid untuk mengendalikan majlis.

Sekeping banner menarik “Karnival Ibadah” telah dihadiahkan kepada penduduk PPR Jelatek. Setelah banner disampaikan oleh Sdr Che Zam Hamzah, YDP JIM Titiwangsa, acara majlis diteruskan dengan upacara penyerahan sumbangan. Dr Ariza Mohamad, Ketua Wanita IKRAM Setiawangsa telah memulakan agenda penyerahan sumbangan kepada penerima sumbangan yang rata-ratanya terdiri dari kaum wanita. Che Zam turut menyempurnakan agenda penyerahan sumbangan ini.

Sebelum mengakhiri majlis ringkas namun penuh bermakna ini, Mohammad mengajak semua hadirin untuk bersama menyemarakkan bulan Ramadhan dengan amalan-amalan ibadah.

Sementara itu di PPR Laksamana Jalan Peel, pendekatan penyerahan sumbangan yang lebih mesra diambil. Diketuai oleh Tn Hj Ammar M Zain, Timbalan YDP IKRAM Setiawangsa, rombongan ahli IKRAM telah dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mengedarkan sumbangan dari rumah ke rumah di empat blok flat yang telah dikenalpasti.

Melalui pendekatan ini, ahli IKRAM Setiawangsa dapat mengenali setiap keluarga yang disantuni dengan lebih rapat dan seterusnya menyelami cabaran, permasalahan dan tekanan kehidupan yang mereka hadapi. Di antaranya ialah anak-anak yatim tujuh beradik yang kematian ibu namun telah ditinggalkan oleh bapa mereka semenjak dua tahun yang lalu.

Keseluruhannya, 40 keluarga telah disantuni di dalam program Bingkisan Ramadhan anjuran bersama IKRAM Setiawangsa dan Islamic Relief Malaysia ini. Selain sumbangan barang-barang keperluan asas, setiap keluarga juga menerima sumbangan wang tunai.

Pada hari Ahad 21 Ramadhan ini, IKRAM Setiawangsa akan meneruskan program Bingkisan Ramadhan 1432H di lokasi terakhir, PPR Air Panas, Setapak.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia