Bilakah Puasa Sunat Hari Arafah?

Bilakah Puasa Sunat Hari Arafah? | IKRAM

“Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa selama dua tahun, setahun yang lalu dan setahun yang akan datang…” (Hadis Riwayat Muslim, No. 1162)

Umat Islam di seluruh Malaysia dijadual menyambut Hari Raya Aidiladha tahun 2022 pada 10 Julai ini. 1 Zulhijah 1443 jatuh pada hari Jumaat bersamaan dengan 1 Julai 2022.

Pengumuman pengisytiharan itu dibuat oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman malam tadi (Khamis, 30 Jun 2022).

Dalam pada itu, kita dimaklumkan ibadah wukuf di Arafah tahun ini jatuh pada Jumaat bersamaan 8 Julai 2022.

Ini bermakna Hari Raya Aidiladha yang akan disambut oleh umat Islam di Malaysia pada 10 Julai, lewat sehari daripada sambutan di Arab Saudi.

Situasi seperti ini menimbulkan persoalan tentang puasa sunat Arafah: Adakah perkiraannya mengikut anak bulan di sesebuah negeri atau mengikut hari wukuf di Arafah?

Adakah umat Islam di Malaysia akan berpuasa sunat pada hari Jumaat bersamaan dengan berlangsungnya wukuf di Arafah atau pada hari Sabtu bersamaan dengan 9 Zulhijah berdasarkan perkiraan rukyah dan perisytiharan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia?

Dua Pendapat Puasa Arafah

Persoalan ini telah dibahas oleh fuqaha sejak dahulu. Ada dua pendapat tentang masalah ini.

Pendapat Pertama: Hari Wukuf di Arafah

Pendapat Ibnu Rajab al-Hanbali RH dan sebahagian ulama Malikiyyah RH. Mereka berkata, puasa sunat Hari Arafah adalah hari di mana para jemaah haji wukuf di Arafah.

Pendapat Kedua: 9 Zulhijah di Sesuatu Negeri

Pendapat Mazhab Syafii dan juga sebahagian Ulama Malikiyyah seperti Ibnu Abd al-Barr RH.

Mereka berkata, puasa sunat Arafah mengikut perkiraan melihat anak bulan Zulhijah di sesuatu negeri, iaitu tanggal 9 Zulhijah itu sendiri kerana setiap negeri mempunyai matla’ (tempat terbit anak bulan) yang berbeza.

(Rujuk Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar al-Asqalani RH [4/123])

Hujah Pendapat Kedua

Pendapat kedua merupakan pendapat yang ditarjih (diperkuatkan) dalam Mazhab Syafii RH dan terpakai di Malaysia.

Pendapat ini juga diperkuatkan dengan dalil-dalil daripada al-Quran, al-Sunnah dan qias.

Dalil daripada al-Quran, firman Allah yang bermaksud:

“..Oleh itu, sesiapa daripada kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu;…” (Al-Baqarah 2:185)

Ayat ini berkaitan dengan puasa Ramadan di mana Allah kaitkan kefarduan puasa dengan melihat anak bulan.

Maka sesiapa yang belum menyaksikannya, belum wajib berpuasa kerana harus disempurnakan bulan Syaaban dahulu.

Demikianlah juga dengan bulan Zulhijah. Ada negeri yang melihat anak bulan lebih awal daripada negeri lain. Maka tarikhnya lebih awal.

Dalil daripada al-Sunnah, sabda Nabi SAW bermaksud:
“Apabila kamu melihatnya (anak bulan Ramadan), berpuasalah. Dan apabila kamu melihatnya (anak bulan Syawal), berbukalah!” (Muttafaq alaih)

Hadis ini sama maksud dengan ayat di atas, iaitu berkaitan dengan ibadah puasa. Maka ibadah lain boleh dikira samalah prinsipnya, iaitu melihat anak bulan.

Dalil qias ialah, waktu mula berpuasa (imsak) dan berbuka (iftar) setiap hari adalah berbeza dari satu negeri dengan negeri yang lain berdasarkan waktu terbit dan tenggelam matahari di setiap negeri.

Negeri-negeri di sebelah timur waktu imsak dan iftarnya lebih awal daripada negeri di sebelah barat. Hal ini telah ijmak dalam kalangan semua ulama.

Maka, perbezaan awal bulan diqiaskan dengan perbezaan waktu imsak dan waktu iftar setiap hari yang telah disepakati.

(https://islamqa.info/ar/answers/40720)

Sumber: Zaadut-Taqwa

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia