Bila nak menang basmi kemiskinan?

Sejak sebelum merdeka isu pembasmian kemiskinan adalah agenda tetap dalam setiap Rancangan Malaysia lima tahun. Ianya adalah merupakan komitmen daripada kerajaan dalam memastikan kehidupan yang lebih baik untuk sebahagian rakyatnya yang terpelosok ke kategori golongan miskin.

 

Badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) juga menjadikan matlamat pertama untuk mencapai Sustainable Development Goals (SDG) ialah menghapuskan kemiskinan dan kelaparan di mana saja di atas muka bumi ini pada tahun 2030.

 

Pelbagai ukuran kemiskinan digunakan dan setiap satunya memberi angka kemiskinan yang berbeza. Hakikatnya, ukuran apa pun yang digunakan, kemiskinan terus menjadi isu yang diperbincangkan dan seolah-olah tidak ada jalan penyelesaian yang tuntas dan tidak sepadan dengan bajet yang diperuntukkan.

 

Terkini, kerajaan mula menggunakan kaedah ukuran kemiskinan pelbagai dimensi yang mengambil kira pelbagai aspek yang boleh menyumbang kepada kemiskinan berbanding mengukur kemiskinan berdasarkan kepada pendapatan semata-mata.

 

Baru-baru ini, Jabatan Perangkaan Malaysia mengeluarkan kadar kemiskinan berasaskan pendapatan dengan kaedah baru yang ditambah baik. Dengan kaedah baru ini, pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208.00 pada tahun 2019 dianggap sebagai miskin.

 

Sebanyak 405,441 isi rumah yang tergolong dalam golongan miskin pada tahun 2019 berbanding 525,743 isi rumah pada tahun 2016.

 

Pandemik COVID-19 yang melanda tanah air menyebabkan berlaku apa yang dipanggil golongan miskin baru. Mereka ini terdiri daripada rakyat yang hilang pendapatan disebabkan impak COVID-19 ke atas ekonomi negara.

 

Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, hampir 80 peratus syarikat mampu bertahan untuk meneruskan perniagaan dari sebulan hingga enam bulan sahaja.

 

Pandemik COVID-19 yang bermula sejak awal tahun ini sudah berlanjutan lebih enam bulan. Bahkan keadaan bertambah buruk dengan peningkatan kes positif setiap hari.

 

Perkembangan politik terkini di mana ada ura-ura untuk mengisytiharkan darurat akan lebih memburukkan lagi keadaan. Bilangan isi rumah yang akan tergolong dalam golongan miskin pasti akan meningkat untuk tahun 2020.

 

Untuk jangka masa yang panjang, impak daripada kemiskinan yang berterusan dan bakal diburukkan lagi dengan penurunan aktiviti ekonomi disebabkan COVID-19 akan melahirkan lebih ramai lagi rakyat yang akan berterusan bergantung kepada orang lain untuk meneruskan kehidupan.

 

Negara juga akan kehilangan modal insan yang produktif sekiranya berlaku peningkatan kepada isi rumah miskin. Perkembangan politik semasa juga sudah pasti akan menambahkan lagi statistik isi rumah yang tergolong dalam golongan miskin.

 

Usaha membasmi kemiskinan tidak akan menang sekiranya ianya perlu dimulai semula saban masa.

 

Dr Ahmad Zainuddin Abdullah
Advokasi Kemakmuran Ekonomi
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Kredit foto: Bernama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia