BERSIH 4: Hak rakyat untuk berhimpun

1. Apa pendirian IKRAM terhadap Himpunan BERSIH 4?

IKRAM sebagai NGO mendukung usaha-usaha penganjuran BERSIH untuk menuntut kerajaan menegakkan sistem pilihan raya yang adil, bersih serta telus. Menerusi sistem sebegini, kita akan dapat membangunkan suatu sistem politik yang terbaik untuk negara yang mana akhirnya kita akan dapat mengangkat yang terbaik dalam kalangan rakyat untuk memimpin negara ini (Malaysia).

Ia juga dapat menghalang golongan-golongan yang berkepentingan, seperti opportunist sampai ke kedudukan-kedudukan pemerintahan. Dalam keadaan sistem pilihan raya yang bersih, rakyat akan berpeluang memperoleh maklumat-maklumat yang tepat selain dapat mengenal calon-calon, dan rakyat akan berpeluang memilih golongan yang terbaik memimpin negara pada masa akan datang.

2. Adakah IKRAM menggalakkan ahli-ahlinya bersama dalam Himpunan BERSIH 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini?

Memang menjadi tanggungjawab, kita sebagai rakyat dan ahli IKRAM sebahagian daripada mereka, untuk memastikan perjalanan negara ini menuju ke satu destinasi yang aman dan bergerak ke suatu keadaan yang jauh lebih maju ke hadapan dalam sistem pengurusannya begitu juga sistem pendtadbiran dan pemerintahannya.

Akhirnya rakyat dan negara akan memperolehi manfaatnya. Dan melalui itu, negara ini akan lebih teratur dan tertib serta rakyatnya akan mengecapi suatu situasi kepimpinan berdasarkan pilihan rakyat.

Ia dalah hak rakyat yang perlu diakui. IKRAM akan bersama rakyat dalam merealisasikan hak-hak rakyat terhadap negara Malaysia yang demokrasi dan menghormati kehendak rakyat.

3. Nasihat IKRAM kepada mereka yang bersama dalam Himpunan BERSIH 4?

IKRAM mengharapkan semua yang bersama Himpunan BERSIH, menjaga keselamatan dan keamanan negara. Pendekatan yang ingin kita bawa dan suarakan adalah untuk menyuarakan tuntutan dan pandangan agar kerajaan melaksanakan prosudur yang betul dalam pilihan raya supaya rakyat dapat memilih dengan betul pemimpin yang rakyat mahukan.

Justeru, pendekatan yang IKRAM unjurkan untuk dilaksanakan oleh semua yang bersama Himpunan BERSIH pada 29 dan 30 Ogos ini adalah pendekatan aman. Dan yang utamanya, kita dapat bersama-sama menjayakan hasrat tersebut.

4. Bagaimana pula pendirian IKRAM terhadap alasan-alasan yang diberikan masyarakat terhadap penganjuran Himpunan BERSIH 4 ini?

IKRAM mengambil pendirian terhadap prinsip yang dipegang kerana yang utamanya ia adalah hak rakyat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, ruang ini perlu dibuka seluas-luasnya supaya rakyat dapat menyatakan tuntutannya dan kehendaknya kepada pemerintah dalam erti kata membuktikan negara ini sebuah negara demokrasi.

Sama ada himpunan ini didukung oleh parti pemerintah atau parti lawan, sepatutnya isu itu tidak timbul di sini kerana sewajarnya perkara ini didukung oleh semua termasuklah parti pemerintah dan parti lawan. Matlamat akhirnya adalah agar negara kita ini dipimpin oleh pemimpin yang terbaik.

Maka tidak timbullah masalah atau persoalan di sini, sama ada ia anjuran DAP atau pembangkang atau dengan adanya Himpunan BERSIH ini akan menimbulkan kesusahan kepada peniaga-peniaga atau akan mendatangkan huru hara. Tetapi haruslah difikirkan bahawa inilah ruang yang terbuka untuk rakyat menyatakan keinginan dan kehendaknya dalam usaha memperbaiki perjalanan negara ini.

Dengan demikian, negara ini akan berkembang dengan lebih baik, lebih maju, lebih makmur dan faedah-faedah itu dapat diperoleh semua tanpa melihat kepentingan sekumpulan sahaja atau kepentingan dalam jangka masa pendek.

5. Nasihat IKRAM kepada mereka yang menentang pengajuran Himpunan BERSIH 4 ini?

IKRAM menasihatkan kepada golongan (yang menentang) ini agar jangan melakukan tindakan-tindakan yang akan mengeruhkan keadaan.

Ini adalah ruang yang perlu diberikan kepada sebahagian besar daripada rakyat yang ingin menyuarakan pandangan mereka yang berdepan dengan situasi negara hari ini, dengan maksud untuk memperbaiki keadaan.

Jadi perbezaan pandangan itu adalah satu perkara biasa dan janganlah pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan Himpunan BERSIH ini, cuba menghalang kumpulan-kumpulan yang menyokong Himpunan BERSIH ini, kerana maksud dan tujuannya adalah untuk pembaikan perjalanan negara pada masa akan datang.

Justeru, pihak-pihak ini perlu menerima kenyataan dalam kehidupan ini, bahawa di sana ada perbezaan pandangan sama ada ia diuruskan atau dinyatakan dalam bentuk yang aman dan tidak menganggu kesejahteraan orang ramai.

6. Seruan IKRAM kepada ahli-ahli IKRAM untuk turut bersama Himpunan BERSIH 4?

IKRAM menggalakkan ahli-ahli untuk terlibat dan mendukung aspirasi rakyat ini kerana IKRAM juga ingin melihat negara ini berjalan dalam sistem pilihan raya yang bersih, adil dan telus.

Justeru, IKRAM menggalakkan ahli-ahlinya supaya turun untuk menyatakan sokongan terhadap usaha-usaha ini. Semua ahli IKRAM yang terlibat diingatkan agar menjaga keselamatan, kebersihan, pergaulan, pertuturan dan penampilan sewaktu terlibat dalam perhimpunan BERSIH 4 ini.

Moga melalui itu, IKRAM dapat menunjukkan contoh yang terbaik dalam soal penglibatan IKRAM di tengah-tengah masyarakat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia