Bersama Tamatkan Keganasan Terhadap Wanita

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia amat mengalu-alukan usaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang telah menganjurkan program Larian Oren sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita 2024 di Putrajaya pada 23 November 2024 baru-baru ini.

Program tersebut yang  bertemakan “UNiTE to End Violence against Women” atau “Bersama Untuk Tamatkan Keganasan Terhadap Wanita” diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu keganasan terhadap wanita dan menggalakkan solidariti semua pihak untuk menanganinya.

Keganasan terhadap wanita meliputi kecederaan fizikal, seksual atau psikologi yang menjangkaui isu keganasan rumah tangga.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia bersetuju dengan pandangan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bahawa peningkatan laporan kes-kes keganasan terhadap wanita adalah kerana kesedaran lebih tinggi dalam kalangan wanita sebagai mangsa untuk tampil membuat laporan dan membuktikan bahawa wanita kini semakin berani bagi mendapatkan bantuan.

Namun begitu, pertambahan bilangan kes ini juga mungkin disebabkan oleh faktor lain yang perlu dikaji dengan teliti melalui penggunaan data dan analisis yang komprehensif.

Pendekatan ini telah mendapati kes keganasan terhadap wanita terus bertambah teruk dan bukannya berkurangan, yang telah mendorong Majlis Ketua Polis Negara (NPCC) di United Kingdom untuk meletakkan keganasan terhadap wanita sebagai satu ancaman utama negara tersebut.

Selain itu, bukan sekadar memahami punca keganasan seperti masalah dadah atau perselisihan faham, malah sikap pelaku juga harus dikaji agar strategi preventif yang lebih berkesan boleh diambil.

Kepakaran untuk mengenal pasti corak tingkah laku orang berisiko tinggi yang mungkin membawa kepada keganasan rumah tangga sama ada pelaku atau mangsa keganasan membolehkan campur tangan awal dapat diambil untuk membantu pelaku untuk berubah sambil memantau mereka dengan teliti bagi melindungi bakal mangsa. Program sedemikian misalnya telah dilaksanakan di Australia dan United Kingdom.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia juga mengakui pandangan YB Menteri bahawa bilangan kes keganasan yang dilaporkan mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar kerana ramai lagi mangsa yang terselamat tidak melaporkan keganasan terhadap mereka mereka kepada pihak polis.

Oleh itu, kami menyokong kuat usaha-usaha KPWKM untuk terus melindungi wanita khususnya mereka yang menjadi mangsa keganasan dengan pelaksanaan pelbagai perkhidmatan, program dan inisiatif berkaitan.

Program pendedahan dan pendidikan mengenai isu ini disarankan dilakukan bersesuaian dengan kelompok masyarakat termasuk program khusus yang direka khas untuk kaum lelaki melalui pelbagai pendekatan dan platform.

Dalam hal ini, institusi agama dan kaum boleh digunakan untuk menyebarluaskan kesedaran tentang isu ini kepada pelbagai lapisan masyarakat agar setiap ahli masyarakat memberi sokongan yang sepatutnya kepada mangsa.

Kami juga mencadangkan agar pemahaman bahawa kaum lelaki adalah pelindung keluarga dan masyarakat, dan mesti menjauhi diri daripada melakukan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan sekolah secara formal.

Oleh itu, Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia mencadangkan pendekatan keseluruhan sistem (whole system approach) diambil bagi menangani isu keganasan terhadap wanita secara lebih komprehensif dan berkesan.

Ini termasuk penyelarasan antara kementerian yang berkaitan, sistem keadilan jenayah, agensi kesihatan, agensi pendidikan, agensi dan kumpulan keagamaan, kerajaan tempatan, NGO serta pakar kriminologi, untuk berkongsi data dan tanggungjawab di samping penggunaan teknologi dan kecerdasan buatan untuk melaksanakan perubahan secara menyeluruh.

Wanita IKRAM meyakini bahawa kerjasama semua pihak dalam menangani isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak ini boleh membuahkan hasil untuk mencapai matlamat memastikan kesejahteraan kehidupan semua ahli masyarakat.

Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Disokong oleh:

Prof. Madya Dr. Roohaida Othman
Pengerusi
Pertubuhan Agenda Wanita Malaysia (AGENDA)

Puan Norhayati Mohd Yussoff
Pengerusi
Pertubuhan Teratak Rahmah Malaysia (TERATAI)

Puan Mahayati Ibrahim
Pengerusi
Pertubuhan Penulis Isu-Isu Nasional(PENAWAN)

Puan Rose Jazimah Abdul Jalil
Presiden
Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR)

Dr. Fatimah Ahmad Fauzi
Pengerusi
Malaysians Against Pornography (MAP)

Puan Noor Habibah Rosli
Pertubuhan Kanak-kanak Idaman Nasional (KIND)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia