Berarak dalam hujan bantah rejim as-Sisi

Perhimpunan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Malaysians for Egypt (M4E) ini diadakan sempena genap dua tahun kekejaman rejim as-Sisi yang melakukan rampasan kuasa terhadap Presiden Mesir yang sah Dr Muhammad Morsi.

   

Peserta himpunan berarak dan menghantar nota bantahan

Peserta himpunan yang terdiri daripada masyarakat umum ini mulai bergerak jam 3.00 petang pada Jumaat lalu dari Ampang Point menuju kedutaan Mesir bagi menyatakan bantahan di samping kecaman atas tindakan tidak berperikemanusiaan rejim as-Sisi yang membunuh 13 ahli Ikhwan Muslimin yang tidak bersenjata dalam kejadian yang menyayat hati baru-baru ini.

Pengurus Unit Khas Pejabat Presiden IKRAM, Ustaz Abd Haris Bain yang membacakan nota bantahan di hadapan peserta himpunan menyatakan segala kekejaman yang dilakukan oleh kerajaan haram as-Sisi perlu dihentikan agar Mesir tidak berterusan menuju ke lembah kehancuran.

  

Ucapan Ustaz Haris, Hj Nahar dan Hj Syed Ibrahim dalam himpunan aman

Nota bantahan itu turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan agama atau latar belakang agar tetap terus bersama memberi sokongan serta mempertahankan hak rakyat Mesir yang dianiaya dan dinafikan hak demokrasi mereka.

Namun, usaha yang dilakukan sekali lagi mengecewakan apabila pihak Kedutaan Mesir tetap bersikap angkuh dengan tidak melayan nota bantahan yang ingin diserahkan sendiri kepada pihak kedutaan dan seperti biasa memorandum terpaksa diletakkan di dalam peti surat kedutaan.

Hadir sama memberikan sokongan kepada himpunan aman ini Setiausaha Agung IKRAM Haji Nahar Md Nor, Ketua Penerangan PKR, Hj Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi National Indian Advancement Team (NIAT), Dato Haji Thasleem Mohamad Ibrahim.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia