Belanjawan 2023: Utamakan Reformasi Cukai, Wujudkan Institusi Filantropi

Belanjawan 2023: Utamakan Reformasi Cukai, Wujudkan Institusi Filantropi | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik Belanjawan 2023 yang telah dibentangkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, 24 Februari.

Tiga tekad Belanjawan 2023 adalah kritikal untuk negara, iaitu pemacuan ekonomi yang terangkum dan mampan, reformasi institusi dan tata kelola bagi memulih keyakinan, dan keadilan sosial untuk menyederhanakan kesenjangan.

IKRAM menyokong sifat-sifat utama yang digariskan dalam Belanjawan 2023 iaitu amanah, kejujuran dan ketelusan sebagai pedoman kepimpinan di semua peringkat. IKRAM komited melaksanakan advokasi kepimpinan yang berwibawa dengan sifat-sifat demikian.

Sehubungan itu, amalan rasuah dan penyelewengan yang menjangkiti negara hendaklah dirawat dengan serius. Kerosakan dan ketirisan melalui rasuah dan penyelewengan yang mencecah hampir 3 bilion ringgit pada 2020 dan 2021 merupakan malapetaka yang tidak boleh dibenarkan berlaku lagi di negara ini.

Penekanan Belanjawan 2023 kepada isu kemiskinan dan kesenjangan adalah tepat. IKRAM menyeru agar isu ini ditangani secara holistik melalui pendekatan yang manusiawi dan rahmah, menepati realiti dan hakikat kemiskinan itu sendiri.

Justeru, pendekatan yang berdasarkan pembangunan manusia dan kemiskinan multidimensi hendaklah dijadikan agenda utama untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, melalui capaian kepada pendidikan dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti serta pendekatan yang membina jiwa dan tingkah laku.

Dengan ruang fiskal yang terhad dan bebanan hutang 1.2 trilion ringgit pada 2023, IKRAM menyarankan agar reformasi cukai dilaksanakan, manakala amalan menyumbang (filantropi) melalui institusi yang dikelola kerajaan diperkenalkan.

Senada dengan Belanjawan 2023, IKRAM menyarankan agar wakaf dilonjakkan sebagai mekanisme pengagihan semula kekayaan, selain kegiatan ekonomi yang berasaskan perkongsian keuntungan dan risiko secara saksama dan aktiviti perdagangan yang tulen.

Di samping mencetuskan kegiatan ekonomi yang lebih adil, usaha ini dapat membantu mendepani cabaran inflasi dan kos sara hidup yang ditampung melalui subsidi yang menelan peruntukan RM64 bilion dalam belanjawan kali ini.

Sementara itu, rakyat hendaklah dididik dengan aspek kemanusiaan dan kejiwaan, umpamanya dengan memuliakan amalan menyumbang dan mengelakkan pembaziran, termasuklah pembaziran makanan yang mampu memberi makan kepada 3 juta orang setiap hari.

Sebagai rakan strategik membina negara, IKRAM bersedia berganding bahu dengan kerajaan dan rakan-rakan strategik untuk membina ekonomi manusiawi yang berasaskan filantropi dan sedekah yang beroperasi dalam ekonomi pasaran terbuka demi mencapai ekonomi yang mampan dan agihan kekayaan yang saksama.

Oleh itu, ekosistem ekonomi manusiawi mampu menjadi alternatif yang serius untuk menangani kebejatan yang berlaku dalam negara, khususnya yang terkait isu-isu kemiskinan, kesenjangan dan sosial.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia