NGO, institusi terima bantuan kewangan Perkeso

SERI KEMBANGAN – Sejumlah RM3.57 juta bantuan kewangan diperuntukkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bagi melaksanakan aktiviti memupuk kesedaran aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) sepanjang tahun ini.

 

“Saya berharap agar semua NGO dan institusi yang menerima bantuan kewangan yang disalurkan Perkeso ini dapat menguruskan dana tersebut dengan sebaiknya dan memastikan semua program yang dirancang akan berjalan lancar dan sempurna,” ujar Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

 

Beliau berkata pada tahun ini, 37 badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi menerima bantuan itu bagi melaksanakan 639 program berkaitan KKP.

 

“Dalam fasa pandemik pada 2021, saya dimaklumkan sebanyak 399 program KKP dilaksanakan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.25 juta,” katanya ketika Majlis Penyerahan Geran Bantuan Kewangan Perkeso Kepada Institusi dan NGO 2022 pada Selasa.

 

Menurutnya, bantuan kewangan berkenaan berasaskan skop dan bidang bagi setiap institusi dan NGO untuk membantu Perkeso memupuk kesedaran mengenai KKP, seterusnya mengurangkan kadar kemalangan dalam negara.

 

“Sepanjang tahun lepas, Perkeso menerima laporan 56,990 kes kemalangan, dengan 33,096 daripadanya kes kemalangan industri manakala 23,894 kes kemalangan semasa dalam perjalanan (commuting accident).”

 

Jelasnya lagi, berdasarkan statistik itu, kecuaian dan kelemahan pemantauan ke atas pematuhan KKP di tempat kerja merupakan faktor utama menyumbang kepada kes kemalangan.

 

Turut hadir, Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Zailee Dollah. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia