Bantuan kepada penduduk miskin terus jadi amalan

Majlis tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Daerah Pasir Mas dan ia juga bertujuan menyampaikan bantuan barangan dan wang kepada golongan yang memerlukan.

Masjid yang terletak kira-kira 30 kilometer dari bandar Pasir Mas dan bersempadanan dengan Selatan Thailand itu menerima kehadiran rombongan IKRAM Pasir Mas, Ustaz Saufi Hj Abdullah dan beliau telah disambut meriah oleh Tuan Imam serta ahli-ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

Turut hadir ialah Timbalan Yang Dipertua IKRAM Daerah dan ahli-ahli jawatankuasanya serta ahli-ahli IKRAM.

ikram pasir mas

Majlis yang bermula jam 5.30 petang dimulai dengan ucapan pembukaan oleh Ustaz Saufi. Dalam ucapanya, beliau menerangkan matlamat kewujudan IKRAM dan peranannya dalam kebangkitan Islam masa kini.

Beliau kemudiannya menyampaikan bantuan berupa barangan makanan kering sumbangan Islamic Relief Malaysia dan wang dari tabung IKRAM Pasir Mas kepada 50 keluarga miskin.

IKRAM juga turut menghulurkan sumbangan derma sebanyak RM500 kepada masjid.

Beberapa siri tazkirah telah diadakan sepanjang majlis berkenaan, diakhiri dengan solat terawih yang diimami oleh Ustaz Saufi sendiri.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia