Bantuan awal ini terdiri daripada selimut, pek makanan, tilam dan kit kebersihan ke 10 kem pelarian di Turki berupa pek makanan, kit kebersihan dan kit kebersihan kepada 543 keluarga termasuk 2,542 pek selimut, kain dan tilam.
Menurut Tn Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, CEO MyCARE yang telah mengadakan kunjungan ke Turki baru-baru ini, keadaan pelarian-pelarian ini sangat mendukacitakan disebabkan derita perang dan ditambah pula dengan musim sejuk yang melanda.
Tambahnya lagi, mereka meninggalkan Aleppo dengan hanya pakaian asas bahkan ada yang sehelai sepinggang.
“Pelarian-pelarian Syria ini ditempatkan di Idlib, berdekatan dengan sempadan Turki,” jelasnya.
Beliau merakamkan penghargaan kepada para penyumbang Malaysia khususnya, syarikat-syarikat korporat, penyumbang dari Singapura dan Brunei serta seluruh rakyat Malaysia yang memberikan kepercayaan kepada MyCARE untuk menghulurkan bantuan kepada para pelarian Aleppo.
MyCARE melalui agensi-agensinya iaitu Aqsa Syarif, i4Syria (i4S), Salam Iraq dan Rose2Rose mengambil inisiatif melancarkan kempen Winter Relief 2016 (Bantuan Musim Sejuk 2016) dan Tabung Kecemasan Aleppo bagi menyalurkan sumbangan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Kempen Winter Relief 2016 dan Tabung Kecemasan Aleppo diteruskan sehingga akhir Januari 2017. Hulurkan sumbangan kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui akaun-akaun berikut:
- Maybank Islamic: 551575-004299
- Bank Islam: 1209-20100-34904
- CIMB: 8602-135-592
E-melkan slip/bukti sumbangan ke account@mycare.org.my atau Whatsapp/Telegram ke 019-6551948. Untuk maklumat lanjut hubungi ibu pejabat MyCARE di talian 03-8941 2341 atau e-mel relations@mycare.org.my
Sumber: FB i4Syria