Banteras Segera Sentimen Perkauman di Media Sosial

Banteras Segera Sentimen Perkauman di Media Sosial | IKRAM

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH) melahirkan kebimbangan dengan sentimen perkauman yang dimainkan akhir-akhir ini terutamanya di media sosial.

“Sentimen yang ditiupkan boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini,” ujar Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin dalam kenyataan media bersama KLSCAH hari ini.

Dua organisasi itu turut menggesa semua pihak membuat pertimbangan sewajarnya sebelum mengeluarkan kenyataan atau menerbitkan bahan yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

“Pertimbangan hendaklah berpandukan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.”

Dalam pada itu, IKRAM dan KLSCAH menyeru kepada semua pemimpin politik dan pemimpin masyarakat berperanan untuk memastikan anggota masing-masing tidak mengeluarkan kenyataan provokasi perkauman demi menjaga keharmonian yang telah sekian lama terbina.

“Harapan kita agar perpaduan dan kesepaduan di antara masyarakat pelbagai kaum dapat dikukuhkan dan seterusnya mewujudkan negara yang stabil demi menjadikan Malaysia sebuah negara yang Makmur, maju dan progresif,” ujar Badlishah.

Selain itu, anggota masyarakat juga harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terdapat pihak-pihak yang menyebarkan kebencian terhadap sesuatu kaum atau mengapi-apikan isu perkauman, dengan itu sentimen perkauman dapat disekat dan dibawa ke muka pengadilan.

“Apa yang dilihat hari ini di media sosial yang memaparkan video-video ekstrem atau yang melampaui batas, ia mungkin akan membangkitkan ketidaksenangan terhadap pihak tertentu daripada kaum-kaum yang berlainan,” kata Naib Presiden KLSCAH, Puan Ng Geok Chee.

Tegasnya lagi, apabila seseorang itu menerima video sedemikian, masyarakat perlu berhati-hati sumbernya sebelum turut menyebarkannya.

“Kami mengharapkan syarikat yang menyediakan platform media sosial tersebut, juga mengenakan tindakan memadamkan hantaran yang berunsur sedemikian,” kata beliau.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap video yang memaparkan mesej yang ekstrem itu.

Setiausaha Agung KLSCAH, Encik Tan Soon Lim berkata, masyarakat juga perlu membuat laporan polis berkaitan mesej-mesej yang berbaur perkauman atau rasis sebagai satu tindakan untuk menghentikan segala naratif yang tersebar ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung IKRAM, Shahrul Aman Mohd Saari beranggapan bahawa persepsi kepada ras dan perkauman itu sangat jelas dalam PRU kali ini, seolah-olah seperti ombak yang muncul pada hujung hari pengundian.

“Kita tidak menjangkakan kerana boleh jadi ini adalah taktik politik, maka seolah-olah ahli politik, negara, masyarakat, tidak sedar perkara ini berlaku. Dan kita seolah-olah ada persepsi bahawa yang membawa gelombang besar ini adalah politik dan yang mengikutnya adalah anak-anak muda, dan itu menjadi kerisauan kita.”

Beliau berkata, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, menjadi kerisauan masyarakat terikut-ikut dengan budaya benci-membenci, budaya menghukum, ungkapan yang tidak mahu dibudayakan, kerana kita berada dalam masyarakat majmuk.

Turut hadir pada sidang media hari ini Presiden KLSCAH Ngan Teng Ye, Timbalan Presiden IKRAM, Encik Jusni Yusoff, Ahli JKP IKRAM Dr Sabariah Baharun, Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib dan Hj Azman Abd Rashid.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia