Banjir Besar: Pakistan Rayu Bantuan Dunia

Banjir Besar: Pakistan Rayu Bantuan Dunia | IKRAM

Sekurang-kurangnya 25 orang lagi maut semalaman di Pakistan, di mana glasier mencair dengan cepat telah menenggelamkan lebih sepertiga daripada negara Asia Selatan itu.

Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negara (NDMA) negara itu telah melaporkan kematian tersebut pada Isnin, menjadikan jumlah kematian dalam banjir yang dahsyat sejak Jun itu mencecah 1,324 orang, yang mana sepertiga daripada mereka (458) adalah kanak-kanak.

Wilayah Sindh di selatan negara itu kekal terjejas paling teruk yang mana pihak berkuasa telah melaporkan sejumlah 522 kematian setakat ini, termasuk 219 kanak-kanak.

Bencana banjir telah menyebabkan lebih 33 juta orang terkesan dan Pakistan kini berdepan penularan penyakit bawaan air dan cabaran kesihatan lain di wilayah yang terjejas.

Malah, berjuta-juta orang kekal terperangkap di tempat terbuka tanpa tempat tinggal atau makanan yang sesuai, dan terdedah kepada wabak penyakit, termasuk cirit-birit, jangkitan pernafasan dan penyakit kulit.

Dana Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) pada hujung minggu lalu menganggarkan sekurang-kurangnya 128,000 wanita hamil memerlukan rawatan perubatan segera di Pakistan, dengan 42,000 daripada mereka dijangka akan bersalin dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Menurut Al Jazeera, menteri kesihatan wilayah Sindh yang paling teruk dilanda bencana banjir, Dr Azra Fazal Pechuho, memberitahu bahawa kerajaan sedang berusaha untuk menyediakan penjagaan obstetrik kepada wanita hamil.

“Kami sedang mendaftarkan wanita hamil di kem-kem bantuan. Kami mensasarkan wanita-wanita ini selamat bersalin dan memastikan penyediaan vaksinasi dan penjagaan pemakanan,” katanya.

Keselamatan Makanan Terancam

Pechuho berkata, menyantuni mereka yang terperangkap dalam banjir merupakan cabaran utama memandangkan infrastruktur jalan raya rosak teruk akibat banjir.

Menteri itu berkata, mereka menjangkakan peningkatan kekurangan zat makanan yang kronik di wilayah itu akibat kemusnahan tanaman. “Keselamatan makanan akan semakin terancam,” katanya.

Kementerian Kesihatan Pakistan berkata, sekurang-kurangnya 1,200 kem perubatan telah ditubuhkan di Sindh untuk menyediakan bantuan segera terhadap penyakit bawaan air.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) minggu lalu berkata, lebih 6.4 juta orang sangat memerlukan bantuan kemanusiaan dan menganggarkan hampir 900 kemudahan kesihatan telah rosak akibat banjir.

Abdullah Fadil, wakil Pakistan kepada agensi kanak-kanak PBB, UNICEF berkata, dengan bermulanya musim sejuk dalam beberapa minggu lagi, terdapat risiko besar “lebih banyak lagi kematian kanak-kanak.”

“Kini terdapat risiko tinggi penyakit bawaan air dan penyakit-penyakit membawa maut merebak dengan cepat – cirit-birit, taun, denggi, malaria. Tanpa sanitasi yang mencukupi, masyarakat semakin terpaksa membuang air besar secara terbuka, meletakkan mereka berisiko tinggi dijangkiti penyakit,” kata Fadil pada sidang akhbar minggu lepas.

Rayu Bantuan Dunia

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada Isnin telah melawat kawasan yang dilanda banjir di Shahdadkot, wilayah Sindh. “Ketika Pakistan bertarung dengan salah satu bencana akibat iklim yang paling teruk, antara yang paling terjejas adalah kanak-kanak,” kata beliau di Twitter pada Ahad.

Oleh itu, negara itu telah merayu kepada masyarakat antarabangsa sebagai “respons kemanusiaan yang besar” terhadap banjir luar biasa itu.

Menteri Kewangan, Miftah Ismail berkata, negara telah mengalami kerugian sekurang-kurangnya USD10 bilion (RM44 bilion) setakat ini. Majlis Atlantik yang berpangkalan di Amerika Syarikat menganggarkan kerugian ekonomi bagi Pakistan mungkin antara USD15-20 bilion (RM67-90 bilion).

Kerosakan dan kerugian itu datang ketika Pakistan mengalami krisis ekonomi, dengan kerajaan menerima pakej pinjaman sebanyak USD1.16 bilion (RM5.2 bilion) daripada Tabung Kewangan Antarabangsa minggu lalu.

Menurut NGO Germanwatch, Pakistan bertanggungjawab untuk kurang daripada satu peratus pelepasan gas rumah hijau global, tetapi merupakan negara kelapan paling terdedah kepada perubahan iklim.

Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) adalah antara NGO kemanusiaan di Malaysia telah melancarkan Tabung Kecemasan Banjir Pakistan sejak hujung Ogos lalu, dan mensasarkan kutipan sebanyak RM250,000.

“Alhamdulillah, sebanyak RM157,147.53 telah berjaya dikumpulkan sehingga 5 September,” kata NGO itu hari ini.

MyCARE menyarankan masyarakat agar teruskan menyumbang segera kerana keadaan di sana sangat terdesak.  

Untuk menyumbang, sila klik pautan https://mycare.qrd.by/banjirpakistan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia