Bahaya Merokok: Berhentilah, Usah Beralasan Lagi
Rokok adalah sesuatu perkara yang semua sedia maklum tentangnya. Padanya terkandung beberapa bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh badan manusia sekalipun apa jua alasan yang diberikan. Berdasarkan kajian yang dilakukan, sekurang-kurangnya terdapat 13 bahan kimia yang terdapat dalam sebatang rokok, antaranya nikotin, butana, tar, metanol, arsenik, ammonia dan lain-lain. Beberapa bahan yang dinyatakan ini […]
Kenaikan Inflasi: Rakyat Mahu Solusi, Bukan Retorik
Inflasi merupakan suatu istilah yang menggambarkan kedudukan ekonomi semasa. Menurut Kamus Online Cambridge, inflasi membawa maksud peningkatan harga yang berterusan secara umum. Kadar inflasi pula membawa maksud ukuran bagi kadar peningkatan harga dalam bentuk peratusan. Semakin tinggi kadar inflasi, maka semakin meningkat pula kos perbelanjaan. Misalnya, apabila kadar inflasi meningkat sebanyak 2.5 peratus, ini bermakna […]
Kesan Rasuah Terhadap Masyarakat Dan Negara
Rasuah merupakan najis yang membusukkan nama baik diri, bangsa dan negara, sangat pahit tapi inilah sememangnya hakikat yang perlu kita telan bersama. Istilah rasuah bagaikan jenayah biasa yang sudah menjadi normalisasi dalam kalangan masyarakat. Bahkan, isu gosip artis dan selebriti yang tidak beri sebarang mudarat pun lebih panas di pasaran berbanding isu rasuah yang mampu […]
Jangan ambil kerja Tuhan
Apabila namanya ‘manusia’, pasti akan ada kekurangan dan kelemahannya yang tersendiri. Bukanlah sesuatu yang aneh apabila seseorang insan melakukan kesalahan dan kesilapan dalam roda kehidupan. Kesalahan dan kesilapan tersebut barangkali akan menjadi pengajaran dan pengalaman bermakna buat dirinya, lantas bangkit dan terus belajar daripada kesalahan dan kesilapan tersebut. Amat dukacita dan malang sekali, apabila ada […]
Pelihara lidah, berkata baik atau diam
Budaya mencarut dan memaki hamun adalah suatu perkara yang buruk dan keji. Sebagai manusia yang berakal waras, sudah tentu kita mampu membezakan antara yang baik dan buruknya sesuatu pekara tersebut. Ini termasuklah dalam soal kita memilih perkataan atau ungkapan yang baik untuk kita ungkapkan kepada sesiapa sahaja. Berkata dengan ungkapan yang baik juga merupakan tuntutan […]
Bermain mercun: Keburukan dan bahayanya
Telah menjadi adat dan tradisi sejak zaman dahulu lagi, apabila menjelang ketibaan hari perayaan kaum dan agama di Malaysia, acapkali kita mendengar dentuman bunyi mercun sana-sini gegak gempita bagai berada di medan pertempuran. Biarpun zaman berubah selari dengan kemajuan dunia global, budaya bermain mercun sudah sebati sebagai hiburan di dalam jiwa sebahagian kecil masyarakat kita […]