Gred B jadi pencetus

KAJANG – Meskipun baru berusia 25 tahun, penerima Anugerah Tokoh Mahasiswa Malaysia 2013 ini mempunyai ciri kepemimpinan sangat tinggi.
Ukir nama di Singapura

GOMBAK – Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak (SRIAAG) berjaya membawa pulang tiga pingat emas dan empat pingat perak dalam pertandingan Asian Youth Robotic Olympiad (AYRO) 2016 yang berlangsung di Singapura, baru-baru ini.
Lebih 1,000 kes cerai selesai melalui sistem baharu

SHAH ALAM – Lebih 1,000 kes perceraian telah berjaya diselesaikan oleh mahkamah syariah sejak institusi kehakiman itu melakukan perubahan dan penambahbaikan dalam pengendalian sistem mereka.
Kerjasama aktif didik masyarakat celik undang-undang

KUALA LUMPUR – “Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) akan bekerjasama dengan NGO-NGO dan menggalakkan mereka berperanan aktif dalam memberi kefahaman kepada masyarakat agar mereka lebih celik undang-undang dan memahami proses-proses yang berlaku dalam mahkamah itu sendiri,” kata Ketuanya, Datin Paduka Che Asmah Ibrahim.
Agih sumbangan pasca banjir

SERIAN – Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM, i-Bantu Sarawak telah mengagihkan sumbangan ke tiga buah kampung iaitu Kampung Tebakang Melayu, Kampung Tebakang Dayak dan Kampung Sorak Melayu di sini dalam Misi Pasca Banjir Sarawak 2016.
Sekolah Al Islah, Al Azhar terima Anugerah 5 Bintang Standard Kualiti Kebangsaan

ALOR SETAR – Empat sekolah IKRAM MUSLEH di Kedah, Sekolah Rendah Al Islah (SRAI) dan Sekolah Menengah Al-Islah (SMAI), Sungai Petani serta Sekolah Rendah Al Azhar (SRAZ) dan Sekolah Menengah Al Azhar (SMAZ), Jitra telah menerima Anugerah Lima Bintang Standard Kualiti Institusi Pendidikan Swasta Peringkat Kebangsaan 2015.