Agih sumbangan pasca banjir

Misi yang berlangsung pada Sabtu, 19 Mac lalu turut mendapat kerjasama MyCARE Sarawak, Skuad Muda 1JPJ Sarawak dan Pertubuhan Kebajikan Generasi Muda Bumiputra Kuching. 

Sumbangan berupa pek makanan kering seperti gula, biskut, minyak masak, sardin, teh, sirap, mi goreng bungkus, mihun bungkus dan minuman coklat turut diagihkan.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Dr Hj Azhar Ahmad selaku YDP IKRAM Sarawak turut dihadiri Timbalan Pengarah Penguatkuasa JPJ Malaysia, Dato Ahmad Nasir dan Dr Sadiah Mohd Ali, Pengerusi i-Bantu Sarawak yang sama-sama menyampaikan sumbangan kepada para penduduk.

    

Hadir sama dalam majlis adalah Ustaz Aman Zen, Timbalan YDP IKRAM Kuching, Ketua Kaum Tebakang Melayu, En Hanafi Bani dan Ketua Kaum Tebakang Dayak, En Kranang AK Tanggai.

Dengan bantuan Skuad Muda 1JPJ yang menyediakan pengangkutan lori bagi membawa bantuan, pek makanan tersebut telah dibungkus di Masjid Tebakang Melayu oleh para sukarelawan yang hadir.

i-Bantu Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada MyCARE Sarawak, Skuad Muda 1JPJ dan Pertubuhan Kebajikan Bumiputra Kuching atas semangat sukarelawan yang tinggi dalam menjayakan misi tersebut.

Sesuai dengan sifat Islam iaitu rahmah bagi semua bangsa, tidak mengira agama dan kaum, i-Bantu Sarawak terus mengambil peduli urusan kebajikan masyarakat bagi membantu mereka memerlukan, insya-Allah.

Foto: http://bit.ly/1MAHdqk

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia