Gred B jadi pencetus

Bakat Muhammad Fikri Ahmad sudah ditonjolkan sejak di bangku sekolah, malah lebih menyerlah apabila menjejak kaki ke menara gading. 

Keaktifan anak kelahiran Kedah ini dalam kegiatan kokurikulum dan kemasyarakatan sehingga ke peringkat antarabangsa sedikit pun tidak menggugat dirinya untuk mencatat keputusan cemerlang sepanjang pengajiannya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Malah, pencapaian itu turut mengharumkan nama negara di peringkat global kerana dia umpama duta kecil Malaysia di luar negara.
Muhammad Fikri mempunyai lebih 10 pencapaian di peringkat antarabangsa dan kali pertama dilakukannya pada 2011 menerusi Projek Khidmat Komuniti Global di Kemboja.

Katanya, sejak itu dia terus aktif sehingga kini dan terbaru dilantik sebagai Duta Belia Suruhanjaya Hak Manusia Antarabangsa pada Sidang Kemuncak Belia Dunia Untuk Keamanan di Pakistan tahun ini.

Penerima Anugerah Rektor Kategori Budi UIAM itu berkata, pengalaman yang banyak dalam aktiviti peringkat antarabangsa menjadikan pemikirannya lebih terbuka dan tidak membuat keputusan berdasarkan andaian semata-mata.

“Sebagai contoh, jika kita menidakkan agama lain di negara kita, kita akan melihat bagaimana orang menidakkan agama Islam di negara lain.

“Kami juga berpeluang berkongsi masalah belia dunia dan bersama-sama mencari penyelesaian menerusi perkongsian idea yang boleh diguna pakai di negara masing-masing untuk kebaikan bersama,” katanya kepada Harian Metro.

Muhammad Fikri yang juga Penuntut Terbaik Perakaunan UIAM 2015 berkata, dia mempunyai sebab tersendiri aktif banyak kegiatan kemasyarakatan kerana dalam mengenali fitrah manusia secara lebih mendalam dan jiwa itu terbentuk selepas menyertai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Siswa pada 2009.

“Tarbiah tersusun disediakan IKRAM sangat menarik kerana menyedarkan kita mengenai kehidupan yang banyak dihabiskan dengan belajar dan bekerja sehingga terlupa bekalan akhirat.

“Bekalan akhirat ini boleh didapati menerusi kerja kebajikan dalam aktiviti kemasyarakatan yang turut membantu berjaya dalam kehidupan,” kata anak kedua daripada enam beradik.

Katanya, petikan kata-kata Rasulullah SAW iaitu orang paling baik dalam kalangan orang lain ialah mereka yang memberi kebaikan kepada orang lain (aktiviti kemasyarakatan) dan mencegah daripada kemungkaran, sentiasa menjadi pegangan kehidupannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2016 
Sumber: Harian Metro |  http://www.hmetro.com.my/node/125880

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia