Pengajian Percuma Pelajar Generasi Pertama Keluarga Miskin

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memperkenalkan program penajaan pengajian percuma kepada pelajar generasi pertama keluarga miskin yang berjaya memasuki universiti. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, mekanisme dan dasar tersebut akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk disokong dan dijadikan dasar yang berkelangsungan “Ia sebagai langkah menamatkan kemiskinan melalui ilmu dan […]
Sambutan Tahun Baharu Cina Medium Erat Perpaduan

KUALA LUMPUR – Sambutan Tahun Baharu Cina boleh menjadi medium bagi memupuk semangat muhibah dan mengeratkan perpaduan merentasi agama dan bangsa di Malaysia. Oleh itu, semua pihak dijemput untuk menghadiri Majlis Mahabbah Tahun Baru Cina 2023 di Masjid Zaid Bin Haritsah, Kampung Sungai Mulia di sini yang akan diadakan pada Sabtu ini dengan pelbagai aktiviti, […]
Gugur GEG: Kenyataan Azrul Khalib Sangat Mengelirukan

SERI KEMBANGAN – Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health) hari ini menganggap cadangan Azrul Mohd Khalib, Ketua Eksekutif Pusat Kesihatan dan Dasar Sosial Galen berkaitan Generational End Game (GEG) baru-baru ini sangat mengelirukan. Beliau dilaporkan dalam satu kenyataan yang mencadangkan agar peruntukan untuk generasi penamat rokok, Generational End Game (GEG) digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) […]
Bakar al-Quran: Sweden Digesa Ambil Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar menggesa pemerintah Sweden agar mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan provokatif ahli politik pelampau yang membakar al-Quran di ibu negara itu pada Sabtu. Beliau berkata, perbuatan biadab ahli politik Sweden-Denmark, Rasmus Paludan perlu dibantah kerana telah menyalahgunakan prinsip kebebasan […]
RDC Summit 2023 Fokus Pembangunan Komuniti Lestari

PUTRAJAYA – Regional Development Community Berhad (RDC) dan rakan-rakan strategiknya buat julung kalinya bakal menganjurkan RDC Summit 2023 pada 5 hingga 7 Mac ini di The Everly Hotel, di sini. Sidang kemuncak ini bertujuan menjadi platform terbaik kepada semua pemimpin dalam sektor-sektor berkaitan untuk bertukar pandangan dan saling memperkayakan pelan strategi dalam usaha pemerkasaan komuniti […]
Tarbiah, Iltizam Politik Kunci Perubahan Negara – Presiden IKRAM

BANDAR BARU BANGI – Perubahan positif dari aspek tadbir urus dan integriti di negara ini hanya boleh dilakukan melalui tarbiah (pendidikan) masyarakat dan iltizam politik yang tinggi. Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin berkata, pelbagai slogan kerajaan diuar-uarkan, namun nilai, etika, akhlak, moral yang ditekankan dalam slogan tersebut tidak membumi, dibudayakan dan […]